Syed Saddiq Ejen Dunia Barat Untuk Campur Tangan Dalam Politik Negara?
Perjumpaan Syed Saddiq bersama Duta Besar Amerika Syarikat telah menarik perhatian orang ramai, terutamanya komentator politik. Agak anehnya kunjungan hormat Syed Saddiq kepada Duta Besar AS ini datang baru beberapa hari selepas parti gagasannya, MUDA diberi kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Mustahil ini hanya sekadar kebetulan, sedangkan Syed Saddiq tidak teragak-agak menunjukkan kecenderungan politiknya yang berhaluan liberal. Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/ Bagi puak-puak penyokong Syed Saddiq yang liberal, ini menunjukkan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap agenda Syed Saddiq dan Parti MUDA. Perlu rakyat faham bahawa ini sangat berbahaya untuk negara kita kerana Syed Saddiq berkemungkinan menjadi ejen mereka untuk mengancam ketenteraman dan keamanan di negara kita. Ramai yang sudah biasa dengan tatacara dan dasar luar Amerika Syarikat yang sering menceroboh negara lain atas nama menyebarkan demok...