Posts

Showing posts with the label Altantuya

Bagaimana Razak Baginda Hanya 'Rakan Subahat'?

Image
Kalau menyebut nama Abdul Razak Baginda, pasti ramai sedia maklum tentang kaitan dia dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Model itu dibunuh kejam apabila ditembak dan diletupkan pada 19 Oktober 2006. Sehingga kini, hanya dua suspek sahaja yang berdepan dengan hukuman. Namun Abdul Razak masih bebas dan hanya perlu membayar ganti rugi oleh mahkamah. Adakah benar-benar Abdul Razak tidak bersalah dalam pembunuhan model berkenaan? Altantuya pernah membuat laporan polis pada tarikh kehilangannya. Laporan itu menyebut Altantuya meminta cari Abdul Razak sekiranya sebarang perkara berlaku terhadap dirinya. Mengapa Altantuya membuat laporan polis sebegitu dan menyebut nama seorang individu iaitu Abdul Razak? Abdul Razak dan Altantuya sebenarnya mengenali satu sama lain. Mereka menjalinkan hubungan romantis meskipun Abdul Razak sudah berkahwin ketika itu. SUMBER: https://www.1media.my/2022/05/altantuya-berpesan-carilah-razak.html Kalau mereka menjalinkan hubungan romantis dan ...

Kata-Kata Razak Baginda Mencurigakan

Image
Penganalisis politik, Abdul Razak tidak pernah mengakui dia memiliki motif untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu. Kes pembunuhan pada 2006 itu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Banyak kontroversi yang menyelubungi kes kematian Altantuya dan sehingga kini, Abdul Razak masih menafikan penglibatannya. Sebenarnya, banyak kenyataan Abdul Razak yang mengundang tanda tanya orang ramai. Abdul Razak mendakwa berlaku banyak putar belit berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia mendakwa kejadian tersebut adalah kes pembunuhan biasa. Apa maksud Abdul Razak tentang 'pembunuhan biasa'? Adakah pembunuhan itu satu perkara biasa buat Abdul Razak? Pembunuhan tetap pembunuhan. Membezakan setiap pembunuhan adalah membunuh dengan sengaja atau tidak sengaja. Tidak ada kategori pembunuhan biasa. Adakah membunuh menggunakan bom adalah kes pembunuhan biasa? SUMBER: https://greenboc.blogspot.com/2015/01/apa-ertinya-pembunuhan-biasa-wahai.html Pada 2017, Abdul Raz...