Posts

Showing posts with the label kes mahkamah

Helah Politik Muhyiddin

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang. Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri. Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan.   Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedud...

Kata-Kata Razak Baginda Mencurigakan

Image
Penganalisis politik, Abdul Razak tidak pernah mengakui dia memiliki motif untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu. Kes pembunuhan pada 2006 itu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Banyak kontroversi yang menyelubungi kes kematian Altantuya dan sehingga kini, Abdul Razak masih menafikan penglibatannya. Sebenarnya, banyak kenyataan Abdul Razak yang mengundang tanda tanya orang ramai. Abdul Razak mendakwa berlaku banyak putar belit berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia mendakwa kejadian tersebut adalah kes pembunuhan biasa. Apa maksud Abdul Razak tentang 'pembunuhan biasa'? Adakah pembunuhan itu satu perkara biasa buat Abdul Razak? Pembunuhan tetap pembunuhan. Membezakan setiap pembunuhan adalah membunuh dengan sengaja atau tidak sengaja. Tidak ada kategori pembunuhan biasa. Adakah membunuh menggunakan bom adalah kes pembunuhan biasa? SUMBER: https://greenboc.blogspot.com/2015/01/apa-ertinya-pembunuhan-biasa-wahai.html Pada 2017, Abdul Raz...

Agenda Islam Mahathir Hanya Hipokrasi

Image
Kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah menyebabkan lebih 300 orang pengurusan tertinggi syarikat itu ditahan. Seramai lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan. Kes tersebut mendapat perhatian ramai sejak pihak berkuasa melancarkan Op Global sejak awal September lalu. Operasi terbabit telah menyelamatkan 572 mangsa selama empat fasa Op Global dilancarkan. Banyak pihak terbabit melontarkan pandangan agar kegiatan jenayah membabitkan syarikat tersebut disiasat sepenuhnya. Namun ada satu tokoh politik negara ini yang masih kekal membisu tentang isu tersebut sehingga ke hari ini. Individu tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/op-global-kronologi-kes-gisb-setakat-29-sept-489793 Mengapa Mahathir tidak menyuarakan sebarang pandangan tentang GISB? Mahathir selalu memperjuangkan agenda Islam dan Melayu namun apabi...

Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melayannya seperti penjenayah. Dia juga menuduh undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat. Bagaimana individu yang sama mencetuskan kontroversi Ops Lalang dan memanipulasi undang-undang ikut suka hati buat tuduhan sedemikian? Sekurang-kurangnya Mahathir tidak disumbat dalam penjara seperti dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya. Mahathir patut bersyukur masih bebas dan boleh memberikan pelbagai kenyataan 'merepek' secara terbuka seperti sekarang. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235991/dr-mahathir-dakwa-undang-undang-kini-mengancam-rakyat Mahathir lupa siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya? Mahathir lupa tentang kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun? Sudah tentu dia lupa ker...

Syed Saddiq Terbukti Bersalah!

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Syed Saddiq dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun dan denda sebanyak RM10 juta. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan. Syed Saddiq didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang merupakan dana sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana tersebut, untuk melakukan pecah amanah. Dia juga didakwa menyalahgunakan wang sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kegunaan peribadi. Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa mengubah wang haram sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi bank pada tahun 2020. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-s...