Agenda Islam Mahathir Hanya Hipokrasi


Kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah menyebabkan lebih 300 orang pengurusan tertinggi syarikat itu ditahan.

Seramai lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai sejak pihak berkuasa melancarkan Op Global sejak awal September lalu.

Operasi terbabit telah menyelamatkan 572 mangsa selama empat fasa Op Global dilancarkan.

Banyak pihak terbabit melontarkan pandangan agar kegiatan jenayah membabitkan syarikat tersebut disiasat sepenuhnya.

Namun ada satu tokoh politik negara ini yang masih kekal membisu tentang isu tersebut sehingga ke hari ini.

Individu tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/op-global-kronologi-kes-gisb-setakat-29-sept-489793


Mengapa Mahathir tidak menyuarakan sebarang pandangan tentang GISB?

Mahathir selalu memperjuangkan agenda Islam dan Melayu namun apabila wujud isu GISB, dia mengambil 100 langkah ke belakang.

Adakah Mahathir takut untuk memberikan sebarang kenyataan atau dia sendiri terlibat dalam organisasi tersebut?

Sebenarnya, Mahathir banyak menghadiri acara atau program dianjurkan oleh GISB.

Siap berkopiah di dalam acara GISB. Tidak pernah melihat ada individu lain yang mampu membuatkan Mahathir memakai kopiah di dalam sesebuah acara atau program.

Hanya GISB mampu melakukannya. Adakah Mahathir memiliki sebarang kepentingan dalam GISB?

SUMBER: https://x.com/AbuZikr/status/1834843721000427688


Asal usul GISB adalah daripada entiti perniagaan yang diwarisi dan diubah namanya daripada kumpulan al-Arqam.

GISB cuba menghidupkan semula ajaran sesat Aurad Muhammadiah seperti yang diketahui oleh umum.

Namun Mahathir dengan selamba memuji cara perniagaan GISB yang didakwa memberi fokus kepada pembangunan insaniah berpandukan Fardhu Kifayah.

Apabila ditanya tentang kes GISB oleh wartawan, Mahathir meminta pihak berkuasa untuk tidak pukul rata hukuman kepada GISB kerana syarikat tersebut besar serta dipegang oleh orang Melayu.

Adakah Mahathir lupa yang mengharamkan al-Arqam dan menahan pengasasnya, Abuya menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah dirinya sendiri?

SUMBER: https://x.com/_c_zar/status/1838394489637147018


Mahathir cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataannya yang dangkal.

GISB itu bukan sekadar sebuah entiti perniagaan, malah lebih daripada itu khususnya menyentuh soal akidah orang Islam.

GISB 'memperjuangkan' ajaran sesat kepada orang Islam di negara ini. Adakah Mahathir sanggup melihat anak bangsa Melayu dan beragama Islam terbabit dalam ajaran sesat?

Adakah disebabkan GISB memiliki banyak perniagaan di luar dan dalam negara, Mahathir sanggup tutup sebelah mata?Bagaimana seorang pemimpin beragama Islam meminta pihak berkuasa jangan pukul rata hukuman terhadap GISB?

GISB sudah melakukan pelbagai perkara tidak wajar seperti eksploitasi kanak-kanak dan sebagainya.

Mahathir masih mahu mempertahankan GISB? Memang Mahathir sudah nyanyuk.

SUMBER: https://x.com/mojasama/status/1839086136117047398


Kalau benar-benar memperjuangkan agenda Islam dan Melayu, Mahathir patut lebih proaktif menyuarakan isu GISB.

Tapi situasi ketika ini menunjukkan Mahathir hanya menunggang isu orang Melayu dan Islam untuk menarik sokongan orang ketika pilihan raya.

Kenyataan dangkal Mahathir menunjukkan dia tidak hiraukan nasib orang Melayu dan Islam di negara ini.

Macam mana orang mahu hormati Mahathir ketika ini? Makin lama, makin nampak belang sebenar Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir