Posts

Showing posts with the label DEB

Dasar Ekonomi Mahathir Gagal

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini 'memuji' rakan baiknya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Mahathir mendakwa ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Daim kepada negara. Untuk pengetahuan Mahathir, penghargaan akan diberikan kepada individu yang benar-benar menyumbang kepada negara. Namun, ramai tahu dasar Mahathir dan Daim kebanyakannya gagal ketika kedua-duanya menjadi kerajaan. Sehinggakan rakyat terpaksa menanggung impak negatif yang besar. Mahathir sendiri mengakui Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahannya telah gagal. Akibatnya, ramai golongan Melayu kekal miskin dan jurang antara golongan elit serta bawahan semakin jauh. Mahathir malahan mendakwa kegagalan DEB adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu yang malas. Walhal banyak keistimewaan yang diberikan oleh Mahathir hanya diberikan kepada segelintir individu. Kesannya, sasaran penguasaan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang ditetapkan dalam DEB tidak kesampaian. S...

Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam. Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam. Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan. Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Panjang lebar ke...