Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam.

Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam.

Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam.

Panjang lebar kenyataan dan penjelasan diberikan. Bukannya ketetapan itu dibuat oleh sebarangan orang.

Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan panduan itu.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/02/05/hadir-perayaan-lain-tak-kurangkan-islam-saya-syed-saddiq/

https://www.sinarharian.com.my/article/243744/berita/nasional/umat-islam-dinasihat-tak-terlibat-acara-thaipusam---mohd-naim

Syed Saddiq berani melawan panduan yang dikeluarkan oleh mufti. Walhal, dia tidak layak bercakap soal agama Islam.

Syed Saddiq paling lantang mahu menghapuskan ketuanan Melayu di negara ini.

Kelantangannya itu menyebabkan berlaku protes membabitkan pelaksanaan ICERD secara besar-besaran dalam kalangan orang Melayu.

Syed Saddiq seolah-olah mahu menjejaskan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Saddiq tidak pernah menghiraukan perih jerih setiap pengorbanan nenek moyang kita dahulu dalam menuntut dan memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Jangan terlalu taksub dengan agenda politik peribadi sehingga melupakan sejarah serta asal usul negara sendiri.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2018/10/27/syed-saddiq-pakatan-will-abolish-ketuanan-melayu-and-replace-it-with-shared-prosperity/

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa mahu melawan rasuah bersungguh-sungguh.

Dia juga mengatakan orang Melayu tidak sepatutnya terlibat dalam kegiatan sebegitu.

Namun akhirnya, dia sendiri terpalit dengan skandal wang dan berdepan empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti Bersatu.

Dua pertuduhannya adalah pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dulu kata lain, sekarang buat lain. Bukankah dulu Syed Saddiq kata orang Melayu tidak patut terlibat kegiatan haram seperti ini?

Sememangnya sifat hipokrit Syed Saddiq terserlah, hanya omong kosong dan cakap tak serupa bikin.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/513080

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-diarah-bela-diri-empat-pertuduhan-berkaitan-dana-rm112-juta-388203

Syed Saddiq sudah banyak kali menonjolkan dirinya sebagai seorang yang liberal.

Sebelum ini, Syed Saddiq mahu subjek keagamaan dimansuhkan dalam skema pembelajaran di universiti tempatan.

Dakwanya, subjek itu hanya membuang masa pelajar dan tidak mampu untuk mengeluarkan graduan yang berkemampuan meraih peluang dalam pasaran pekerjaan.

Apakah logik di sebalik memansuhkan subjek keagamaan di universiti? Bukankah pelajar universiti sepatutnya mempelajari pelbagai bidang secara holistik?

Syed Saddiq kian jelas membawa agenda liberal di negara ini, sama seperti idolanya. Tak perlu disebut siapa idolanya, ramai sedia tahu.

Tidak hairan mengapa Syed Saddiq berani menentang panduan yang dikeluarkan oleh mufti.

Sumber: https://www.facebook.com/119783238701436/posts/855816145098138/

Jabatan agama Islam ditubuhkan untuk memberi panduan yang boleh diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam apa jua hal ehwal keagamaan.

Panduan yang dikeluarkan adalah mengikut dalil dan bukannya dilakukan secara semberono.

Syed Saddiq seolah-olah takbur dan riak, sehingga sanggup merendahkan agamawan.

Kalau Syed Saddiq mahu membawa elemen liberal di negara ini, dia hanya bermain dengan api.

Tengok balik apa yang berlaku ketika dia bercakap soal ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak akan membenarkan Syed Saddiq berbuat sesuka hatinya.

Jangan bodoh dan sombong, Syed Saddiq. Terima nasihat orang dengan hati terbuka.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut