Posts

Showing posts with the label Zahid Hamidi

Mahathir Malu Dengan Keturunan Asal

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengaku dia adalah keturunan dari India. Sampai membuat saman fitnah kepada pihak lain kerana menuduhnya adalah keturunan Kerala, India. Apa yang mahu dimalukan apabila mempunyai keturunan dari India? Adakah Mahathir enggan mengaku keturunannya sendiri dan mendakwa dia adalah Melayu tulen? Sepatutnya Mahathir berbangga dengan keturunan asal, bukannya pusing cerita sana sini. SUMBER: https://www.kinitv.com/bm/berita/50947 Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bukti bahawa Mahathir adalah keturunan dari Kerala, Selatan India. Namun, Mahathir kerap kali menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa dia adalah keturunan Melayu asli. Bukti kad pengenalan menunjukkan Mahathir adalah Malayali yang merupakan keturunan dari Kerala, tempat asal usul bapanya, Iskandar Kutty. Bapanya berhijrah dari Kerala ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan ibu kepada Mahathir iaitu Wan Tampawan. Apa lagi Mahathir c...

Kenapa Syed Saddiq Diam Pasal Isu Bella

Image
Kes membabitkan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella meruntun hati semua pihak. Namun di sebalik 'kehangatan' kes itu, pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib semua rakyat marhaen iaitu Syed Saddiq dilihat terus berdiam diri. Mengapa si populis yang sering memuat naik hantaran berbentuk 'prihatin kepada rakyat' di media sosial mendiamkan diri apabila orang ramai makin kecoh tentang isu melibatkan Bella? Mengapa boleh melakukan solidariti untuk penyanyi, Yasin Sulaiman dan tidak melakukan perkara sama untuk Bella? Sumber: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1526766258087075846 Untuk pengetahuan semua, Syed Saddiq enggan bersuara kerana pengasas Rumah Bonda sendiri adalah kawan baiknya, Syed Azmi. Sebelum ini, Syed Azmi mendakwa dia adalah sekadar penasihat kepada Rumah Bonda namun sebaliknya adalah Timbalan Pengerusi Rumah Bonda. Syed Azmi ini juga bersikap hipokrit sama seperti kawan baiknya. Dia mendakwa Rumah Bonda tidak menjalankan akt...

Pilihan Menteri Besar Johor Adalah Peranan Tunggal KDYMM Sultan Johor

Image
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lepas telah menunjukkan bahawa rakyat telah kembali percaya terhadap pimpinan BN dan UMNO setelah mengharungi kegagalan demi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelumnya. Sudah tentunya BN kini berasa yakin dan positif akan peluangnya dalam Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Namun begitu, adakah BN kini berasa ia lebih berkuasa dari institusi diraja sehingga hanya mencadangkan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar? Nampaknya mereka telah lupa akan bidang kuasa dan peranan KDYMM Sultan Johor yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, Perkara 3 di mana ia menyatakan bidang kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah peranan Sultan Johor. Dalam hal pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, ianya selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Johor. Keangkuhan BN dalam cubaan mereka menolak pelan...