Posts

Showing posts with the label pengubahan wang haram

Helah Politik Muhyiddin

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang. Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri. Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan.   Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedud...

Syed Saddiq Terbukti Bersalah!

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Syed Saddiq dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun dan denda sebanyak RM10 juta. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan. Syed Saddiq didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang merupakan dana sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana tersebut, untuk melakukan pecah amanah. Dia juga didakwa menyalahgunakan wang sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kegunaan peribadi. Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa mengubah wang haram sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi bank pada tahun 2020. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-s...