Posts

Showing posts with the label Mirzan Mahathir

Anak Cucu Mahathir Hidup Senang Lenang

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit. Mahathir mendakwa tiada sebab untuk dia dan keluarganya perlu mengaku sesuatu yang kurang benar. Kalau benar dakwaan Mahathir, cuba jawab mana datangnya nilai kekayaan berbilion ringgit milik anaknya seperti Mokhzani? Bagaimana pula dengan isu barangan kemas peribadi yang hilang pada Julai lalu bernilai jutaan ringgit milik cucunya? Daripada mana semua kekayaan itu datang? Cuba Mahathir jawab. Pada Julai lalu, rumah yang diduduki oleh cucu Mahathir, dipecah masuk dan barang kemas lama bernilai RM1.8 juta dilarikan. Bayangkan barang kemas bernilai RM1.8 juta berada di rumah cucu Mahathir. Itu baru melibatkan barangan kemas. Belum lagi selongkar aset-aset lain milik cucunya. Daripada mana cucu Mahathir memiliki barangan kemas bernilai RM1.8 juta? Sudah tentu daripada kekayaan yang diperoleh secara langkah kronisme oleh Mahathir sejak dari dulu lagi ketika menjadi...

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi membuktikan bahawa Anwar mendapat sokongan pengundi. Dakwa Mahathir, Anwar tidak dipilih oleh pengundi kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Mahathir turut secara riak mengatakan dia tidak pernah kalah dalam lima PRU dan sering mendapat majoriti dua pertiga. Dia juga mendakwa rakyat tidak pernah menolaknya kerana percaya akan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/22/dr-mahathir-claims-anwar-wasnt-elected-pm-challenges-him-to-hold-snap-polls-now-to-prove-support/113893 Mahathir lupa ketika PRU-14, dia menjadi Perdana Menteri ketujuh meskipun tidak memegang majoriti dua pertiga. Gabungan parti yang disertai ketika itu hanya mendapat majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja. Maknanya dakwaan Mahathir tidak benar sama sek...

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan. Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka. Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini. Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain? Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai ...

Kekayaan Luar Biasa Keluarga Mahathir

Image
Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain. Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini. Maklumat lanjut di – https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ https://www.malaysiakini.com/news/488229 Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu r...

Kekayaan Luar Biasa Keluarga Mahathir

Image
Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain.  Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini. Maklumat lanjut di – https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ https://www.malaysiakini.com/news/488229 Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebeg...

Anak-anak Tun Dr Mahathir Hidup Mewah Sewaktu Rakyat Hidup Sengsara

Image
Bagi mereka yang masih tidak mahu mengakui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator yang telah mengaut kekayaan yang luar biasa, mereka ini perlu tengok betul-betul kemewahan yang dinikmati anak-anak Tun Dr Mahathir. Sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dari 1981 hingga 2003, Tun Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada Malaysia. Ini semata-matanya untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat. Namun begitu, terdapat agenda di sebaliknya, iaitu Tun Dr Mahathir ingin menjadi kaya-raya. Sebenarnya Tun Dr Mahathir ini tidaklah seorang negarawan yang mendahulukan rakyat dan negara. Tun Dr Mahathir hanyalah mendahulukan diri sendiri dan keluarganya. Mungkin tiadanya kes rasuah yang melibatkan Tun Dr Mahathir sendiri, namun seorang diktator perlu bijak apabila memegang duit begitu banyak dan bukan seolah-olahnya memasukkannya dalam akaun ASB peribadi (Syed Saddiq, sila belajar taktik sorok duit dari Atok, ya). Jadi persoalannya, ...