Anak Cucu Mahathir Hidup Senang Lenang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit.
Mahathir mendakwa tiada sebab untuk dia dan keluarganya perlu mengaku sesuatu yang kurang benar.
Kalau benar dakwaan Mahathir, cuba jawab mana datangnya nilai kekayaan berbilion ringgit milik anaknya seperti Mokhzani?
Bagaimana pula dengan isu barangan kemas peribadi yang hilang pada Julai lalu bernilai jutaan ringgit milik cucunya?
Daripada mana semua kekayaan itu datang? Cuba Mahathir jawab. Pada Julai lalu, rumah yang diduduki oleh cucu Mahathir, dipecah masuk dan barang kemas lama bernilai RM1.8 juta dilarikan.
Bayangkan barang kemas bernilai RM1.8 juta berada di rumah cucu Mahathir.
Itu baru melibatkan barangan kemas. Belum lagi selongkar aset-aset lain milik cucunya.
Daripada mana cucu Mahathir memiliki barangan kemas bernilai RM1.8 juta?
Sudah tentu daripada kekayaan yang diperoleh secara langkah kronisme oleh Mahathir sejak dari dulu lagi ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.
Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/699565
Majalah Forbes pernah menyenaraikan salah seorang anak Mahathir iaitu Mokhzani sebagai antara orang terkaya Malaysia beberapa kali sejak 2007.
Forbes meletakkannya sebagai manusia kesembilan terkaya di Malaysia pada 2013 dengan kekayaan lebih RM4.22 bilion daripada perolehan industri minyak dan gas.
Dia mengasaskan fabrikasi peralatan minyak Kencana Petrolium Berhad.
Kencana Petrolium Berhad memenangi lesen untuk mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.
Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.
Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.
Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.
SUMBER: https://www.scoop.my/news/162944/man-with-many-titles-a-look-into-mokhzani-mahathirs-expansive-resume/
Mahathir masih tidak mahu mengaku keluarganya memiliki harta berbilion ringgit?
Cucunya sahaja memiliki barangan kemas peribadi bernilai RM1.8 juta ringgit.
Mokhzani beberapa kali disenaraikan sebagai antara manusia terkaya di Malaysia.
Mirzan pula memiliki pegangan saham bernilai berbilion ringgit dalam syarikat awam di negara ini sejak 1990-an.
Apa lagi penipuan Mahathir terhadap rakyat? Cukup-cukuplah Mahathir.
Fakta sudah terbentang luas di hadapan mata. Apa yang Mahathir masih mahu sorokkan?
Comments
Post a Comment