Posts

Showing posts with the label banjir

10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya. Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya. Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia. Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar. Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/ Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar. Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak...

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada ...