Posts

Showing posts from August, 2026

Anak Mahathir Selamat Kerana Duit Rakyat

Image
Kronisme dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad umpama irama dan lagu. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Sehingga kini, terlalu banyak peristiwa berkaitan amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dibangkitkan. Salah satu amalan yang masih disebut-sebut dan kekal menjadi pencetus wang negara hilang begitu banyak disebabkan oleh tindakannya yang kerap 'bail-out' syarikat kroni. Bayangkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis tapi diselamatkan oleh Mahathir menggunakan wang rakyat demi kepentingan peribadinya.  SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/722120 Salah satu syarikat yang diselamatkan oleh Mahathir adalah entiti milik anaknya sendiri iaitu Mirzan. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 jut...