Anak Mahathir Selamat Kerana Duit Rakyat
Kronisme dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad umpama irama dan lagu.
Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.
Sehingga kini, terlalu banyak peristiwa berkaitan amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dibangkitkan.
Salah satu amalan yang masih disebut-sebut dan kekal menjadi pencetus wang negara hilang begitu banyak disebabkan oleh tindakannya yang kerap 'bail-out' syarikat kroni.
Bayangkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis tapi diselamatkan oleh Mahathir menggunakan wang rakyat demi kepentingan peribadinya.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/722120
Salah satu syarikat yang diselamatkan oleh Mahathir adalah entiti milik anaknya sendiri iaitu Mirzan.
Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.
Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis pada ketika itu dan Mahathir mula dengan licik mula mengatur langkah menyelamatkan syarikat anaknya.
SUMBER: https://www.thecoverage.my/5530/mirzan-mahathir-konsortium-perkapalan-bailout
Pada 6 Mac 1998, Petronas, syarikat milik penuh kerajaan yang berada di bawah kawalan langsung Perdana Menteri iaitu Mahathir sendiri, mengumumkan satu pelan penyelamatan kompleks bagi menyelesaikan krisis hutang KPB.
Pada hari yang sama, Malaysia International Shipping Corporation (MISC) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Petronas dan KPB.
MISC yang juga merupakan anak syarikat Petronas, membeli membeli Pacific Basin pada harga AS$55 juta, jauh di bawah harga asal AS$230 juta yang dibayar Mirzan hanya dua tahun sebelumnya.
MISC turut membeli aset PNSL pada harga AS$165 juta.
Mirzan pula menerima kira-kira AS$220 juta secara tunai daripada keseluruhan transaksi berkenaan.
Sebanyak AS$311 juta hutang bersih KPB diambil alih sepenuhnya oleh Petronas atau MISC.
Secara keseluruhannya, kira-kira AS$420 juta hutang Mirzan berjaya dipadamkan menerusi struktur penyelamatan ini.
Penyelamatan KPB itu berlaku hanya enam bulan selepas Mahathir mengumumkan penubuhan dana khas bernilai RM60 bilion.
Dana tersebut dipercayai sebagai kemudahan untuk bail-out individu-individu berkaitan kroni politik Mahathir.
Selain Petronas, dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut digunakan untuk bail-out beberapa individu paling berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan Mahathir ketika krisis kewangan 1997/98.
Ada antara ahli Kabinet dilaporkan terkejut dengan skop dan struktur pelan penyelamatan apabila diumumkan oleh Mahathir.
Malah, ada pemimpin kanan parti politik Melayu memberi sindiran perkara itu sepatutnya hanya berlaku di Indonesia atau negara-negara Afrika sahaja.
SUMBER: https://www.scoop.my/berita/158486/selami-empayar-mirzan-mahathir-di-tengah-tengah-siasatan-sprm/
Peristiwa menyelamatkan KPB adalah hanya salah satu kontroversi bail-out sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir.
Ramai lagi individu yang berjaya diselamatkan, hanya kerana memiliki hubungan dengan Mahathir.
Bagaimana Mahathir boleh mendakwa anak-anaknya berjaya melalui hasil usaha sendiri?
Sedangkan dia sendiri terpaksa menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan syarikat anaknya yang hampir muflis.
Wang rakyat terpaksa digadai dan akhirnya kroni Mahathir yang bersenang-lenang.
Comments
Post a Comment