Helah Politik Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang.

Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri.

Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan. 

Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama.

Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri.

Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang.

Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu untuk mendapatkan RM200 juta sebagai rasuah daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan meminta RM32.5 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff, sebagai rasuah untuk Bersatu.

Muhyiddin turut berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta dana daripada Bukhary Equity Sdn Bhd. 

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1349988/tujuh-tuduhan-jenayah-dihadapi-muhyiddin-dibicarakan-bersama

Nama Muhyiddin turut pernah dikaitkan dengan kes membabitkan projek Pakej Rangsangan Ekonomi.

Perkara itu terdedah selepas seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2023.

Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Adam juga didakwa menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan pihak atasan tertentu, iaitu individu-individu tertentu yang berada di dalam PN.

Adam terima komisen kira-kira 3 hingga 5 peratus daripada RM92.5 bilion. Jumlah komisennya bukan sedikit.

Sebenarnya, Adam ini bukan sebarangan orangnya. Dia merupakan sepupu kepada Adlan Berhan.

Siapa pula Adlan Berhan? Adlan merupakan menantu kepada Muhyiddin.

SUMBER:  https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/06/ceo-disyaki-dalang-agih-projek-runding-terus-kerajaan-pn-rm92-5-bilion-direman/

Ketika zaman Pakatan Harapan (PH), Muhyiddin pernah membawa sehelai kertas cadangan daripada Adlan untuk dibentangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berhubung projek menggantikan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN).

Selepas menjadi Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin membuka tender di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Syarikat milik Adlan menyertai tender tersebut tetapi bekerjasama dengan beberapa firma lain bagi mengelakkan identitinya diketahui.

Mestilah Muhyiddin mahu jaga nama baiknya juga. Kalau orang tahu Muhyiddin berselindung di sebalik topeng, tercalarlah imejnya.

Seperti dijangka, syarikat Adlan iaitu IRIS dipilih menerajui projek itu yang bernilai RM1.16 bilion.

Hebat perancangan Muhyiddin memberi kemewahan kepada kroninya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/521376/tukar-kp-imigresen-tiada-kaitan-pembatalan-kontrak-skin-muhyiddin

Muhyiddin juga didakwa mencuri dana Bersatu dan menyimpannya di rumah.

Dakwaan itu muncul selepas tersebarnya sebuah video klip memaparkan Mahathir menuduh Muhyiddin mencuri wang parti ketika pertemuan bersama Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor sebelum itu.

Video tersebut turut mendakwa Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri kerana takut dipenjarakan.

Pendedahan itu menimbulkan persoalan sama ada faktor tersebut menyebabkan Muhyiddin semakin hilang sokongan dalam Bersatu sejak kebelakangan ini.

Integritinya sebagai pemimpin dalam kalangan ahli Bersatu berkemungkinan besar semakin tercalar dengan dakwaan yang tersebar.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/12/15/tuduhan-curi-duit-sukarkan-kerjasama-dr-m-muhyiddin

Muhyiddin yang pernah dijulang sebagai pemimpin ‘bersih’ suatu ketika dahulu, pandai menyembunyikan wajah sebenarnya.

Hakikatnya, dia seorang politikus yang rakus mengutamakan kepentingan peribadi berbanding rakyat.

Pelbagai taktik kotor digunakan demi mengaut keuntungan daripada wang rakyat.

Imej bersih yang dijaja hanyalah helah politik untuk menutup kerakusan sebenar. 

Kini, setiap dakwaan yang timbul semakin menyingkap sisi hipokrasi Muhyiddin.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Razak Baginda Hanya 'Rakan Subahat'?

Kata-Kata Razak Baginda Mencurigakan

Muar Kian Terabai Di Bawah Syed Saddiq