Bagaimana Razak Baginda Hanya 'Rakan Subahat'?
Kalau menyebut nama Abdul Razak Baginda, pasti ramai sedia maklum tentang kaitan dia dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Model itu dibunuh kejam apabila ditembak dan diletupkan pada 19 Oktober 2006.
Sehingga kini, hanya dua suspek sahaja yang berdepan dengan hukuman.
Namun Abdul Razak masih bebas dan hanya perlu membayar ganti rugi oleh mahkamah.
Adakah benar-benar Abdul Razak tidak bersalah dalam pembunuhan model berkenaan? Altantuya pernah membuat laporan polis pada tarikh kehilangannya.
Laporan itu menyebut Altantuya meminta cari Abdul Razak sekiranya sebarang perkara berlaku terhadap dirinya.
Mengapa Altantuya membuat laporan polis sebegitu dan menyebut nama seorang individu iaitu Abdul Razak?
Abdul Razak dan Altantuya sebenarnya mengenali satu sama lain.
Mereka menjalinkan hubungan romantis meskipun Abdul Razak sudah berkahwin ketika itu.
SUMBER: https://www.1media.my/2022/05/altantuya-berpesan-carilah-razak.html
Kalau mereka menjalinkan hubungan romantis dan mengenali satu sama lain, mengapa Abdul Razak membunuh Altantuya?
Nama Abdul Razak pernah disebut dalam laporan audit forensik projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan pada 2022.
Laporan audit forensik LCS yang disediakan untuk Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memetik nama Abdul Razak sebagai individu menggunakan kaedah tidak beretika dalam perolehan dua kapal selam Scorpene.
Selain Abdul Razak, pembuat kapal Perancis, DCNS kini dikenali sebagai Naval Group turut terpalit dengan kontroversi itu.
Laporan itu mendakwa bahawa di bawah perjanjian kapal selam tersebut, pegawai kerajaan Malaysia iaitu Abdul Razak menyasarkan untuk mendapatkan pembayaran sebanyak RM514 juta melalui syarikat swasta Perimekar Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak.
Namun berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Razak tidak disenaraikan sebagai pengarah dalam Perimekar.
SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/69715/razak-baginda-dcns-lcs-nightmare-repeat-of-scorpene-scandal
Pemegang saham utama Perimekar adalah KS Ombak Laut Sdn Bhd.
Pengarah KS Ombak Laut adalah isteri kepada Abdul Razak iaitu Mazlinda Makhzan serta anak perempuannya, Rowena Abdul Razak.
Mazlinda telah menjadi pengarah syarikat berkenaan sejak 2001 manakala Rowena memegang jawatan tersebut sejak 2010.
Dua wanita tersebut turut memiliki pegangan majoriti saham dalam KS Ombak Laut.
Sebanyak 114 juta euro didakwa telah dibayar sebagai 'yuran rundingan' oleh DCNS kepada Perimekar.
Yuran rundingan berkenaan didakwa menjadi punca utama model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu dibunuh oleh Abdul Razak.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada yuran berkenaan.
Namun Abdul Razak rimas dengan perbuatan Altantuya dan mangsa dibunuh.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Persoalan kini timbul mengapa Abdul Razak tidak berdepan hukuman berat berhubung kes Altantuya?
Mengapa Abdul Razak hanya diputuskan sebagai 'rakan subahat' dalam kes itu?
Siasatan lebih terperinci perlu dibuat semula bagi merungkai kes Altantuya.
Abdul Razak memiliki motif jelas namun 'terselamat'.
Abdul Razak sendiri tidak boleh merasa selesa, selagi keadilan ada di dunia ini, kebenaran akan terbongkar.
Comments
Post a Comment