Posts

Showing posts with the label Tun Daim Zainuddin

Na'imah Hanya Bersandiwara

Image
Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa dia dan ahli keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset sama ada di dalam dan luar negara. Na’imah turut mendakwa tuduhan ke atas dirinya selama ini adalah konspirasi politik. Bukankah Na’imah sendiri yang gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anaknya di luar negara? Sekiranya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset, mengapa Na’imah teragak-agak untuk mengisytiharkannya? Jika Na’imah mahu membuktikan tuduhan kepadanya adalah konspirasi politik, maka buktikan dengan tindakan yang sebetulnya. Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman. Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta. Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut. S...

Dasar Ekonomi Mahathir Gagal

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini 'memuji' rakan baiknya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Mahathir mendakwa ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Daim kepada negara. Untuk pengetahuan Mahathir, penghargaan akan diberikan kepada individu yang benar-benar menyumbang kepada negara. Namun, ramai tahu dasar Mahathir dan Daim kebanyakannya gagal ketika kedua-duanya menjadi kerajaan. Sehinggakan rakyat terpaksa menanggung impak negatif yang besar. Mahathir sendiri mengakui Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahannya telah gagal. Akibatnya, ramai golongan Melayu kekal miskin dan jurang antara golongan elit serta bawahan semakin jauh. Mahathir malahan mendakwa kegagalan DEB adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu yang malas. Walhal banyak keistimewaan yang diberikan oleh Mahathir hanya diberikan kepada segelintir individu. Kesannya, sasaran penguasaan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang ditetapkan dalam DEB tidak kesampaian. S...

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin rancak memburukkan pihak lain di media sosial rasminya baru-baru ini. Semua perkara dikritik oleh Mahathir, daripada projek bersama negara jiran sehinggalah sejarah negeri Johor. Makin agresif Mahathir mahu kekal relevan di mata rakyat dan cuba meraih sokongan orang ramai semula. Jangan tertipu dengan permainan politik Mahathir. Sebelum ini, dia pernah diangkat sebagai 'hero rakyat' dan menjadi Perdana Menteri ketujuh. Namun akhirnya, apa yang berlaku? Rakyat sengsara di bawah pemerintahannya. SUMBER: https://sg.news.yahoo.com/dr-mahathir-hanya-puas-hati-jika-dr-mahathir-152040580.html Mahathir kritik tentang Singapura tapi sekurang-kurangnya negara itu lebih kaya daripada Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk memajukan ekonomi Malaysia? Bagaimana Singapura yang keluar dari Malaysia mampu lebih kaya daripada Malaysia? Ikutkan Mahathir memiliki tempoh masa panjang untuk...

The Wealth of the House of Daim

Image
The Pandora Papers – documents obtained by the International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) on tax havens used by the rich and powerful – released recently have shown Malaysia how rich our former Minister of Finance, Tun Daim Zainuddin, actually is. In a widely circulated report by Malaysiakini, around RM 141 million in companies and trusts based offshore are held by Daim’s wife, children, and known associates. Source: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/04/pandora-papers-shed-light-on-offshore-assets-linked-to-daim-who-insists-not/2010569 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/04/pandora-papers-shed-light-on-offshore-assets-linked-to-daim-who-insists-not/2010569 Most notably, two of his sons were named owners of a British Virgin Islands firm, Newton Invest & Finance Limited, when they were both nine and twelve years old respectively. As they grew older, they ended up owning several other offshore firms set up in the British Virgin I...