Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin rancak memburukkan pihak lain di media sosial rasminya baru-baru ini.

Semua perkara dikritik oleh Mahathir, daripada projek bersama negara jiran sehinggalah sejarah negeri Johor.

Makin agresif Mahathir mahu kekal relevan di mata rakyat dan cuba meraih sokongan orang ramai semula.

Jangan tertipu dengan permainan politik Mahathir. Sebelum ini, dia pernah diangkat sebagai 'hero rakyat' dan menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Namun akhirnya, apa yang berlaku? Rakyat sengsara di bawah pemerintahannya.

SUMBER: https://sg.news.yahoo.com/dr-mahathir-hanya-puas-hati-jika-dr-mahathir-152040580.html

Mahathir kritik tentang Singapura tapi sekurang-kurangnya negara itu lebih kaya daripada Malaysia.

Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk memajukan ekonomi Malaysia?

Bagaimana Singapura yang keluar dari Malaysia mampu lebih kaya daripada Malaysia?

Ikutkan Mahathir memiliki tempoh masa panjang untuk membentuk Malaysia menjadi negara yang ekonominya kukuh seperti Singapura.

Namun, Mahathir lebih memilih untuk memberi kekayaan kepada anak-anaknya terlebih dahulu.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa kekayaan anak-anaknya adalah hasil titik peluh mereka, namun banyak bukti-bukti tender kerajaan diberikan secara kepada syarikat keluarganya.

Pembohongan apa yang Mahathir mahu katakan lagi? Cukup-cukuplah menafikan fakta yang anak-anaknya kaya kerana Mahathir.

Buktinya seperti gambar di bawah ini. Tender kerajaan berkaitan pembalakan di Sarawak diberikan secara terus kepada syarikat anaknya, Mukhriz.
Rasanya semua sedia maklum bahawa Malaysia pada era 90-an diperintah Mahathir dan menteri kewangannya, Tun Daim Zainuddin.

Mustahil wang berkenaan boleh lesap begitu sahaja. Malahan, Pejabat Gabenor Bank Negara juga mengesahkan wang tersebut disalurkan kepada kerajaan oleh Jepun.

Sudah semestinya Mahathir dan Daim perlu menjawab segala persoalan tentang keberadaan wang berkenaan sekarang kerana mereka adalah 'orang penting' yang bertanggungjawab dalam pemerintahan negara pada masa itu.

Tidak mungkin mereka tidak tahu ke manakah perginya wang tersebut. Jika benar mereka berdua songlap wang terbabit, apakah Mahathir dan Daim tiada hati perut membiarkan waris serta mangsa buruh paksa Jepun bergantung tidak bertali?

72,000 rakyat Malaysia menderita akibat kekejaman Jepun namun Mahathir dan Daim tergamak berjoli menggunakan wang tersebut.

SUMBER: : https://www.malaysia-today.net/2021/07/17/mahathir-where-is-the-rm207-billion-death-railway-compensation-money/

https://www.malaysiakini.com/news/436828


Sebelum ini, tular tentang sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain.
Jangan kita lupa tentang isu 'bailout' Mahathir kepada Perwaja Steel Berhad.

Sebanyak RM9 bilion dikeluarkan daripada duit rakyat tanpa penjelasan kukuh oleh Mahathir.

Malah, Mahathir pernah memberi alasan mengeluarkan dana kerajaan sebanyak RM1.5 bilion untuk membayar vendor Proton.

Kelakarnya, selepas jualan Proton dijalankan, Mahathir masih meminta wang bantuan untuk membayar vendor.

Kertas kerja yang dibentangkan juga didakwa meragukan dan era Mahathir menunjukkan terlalu banyak keputusan dibuat tanpa ketelusan.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/391479


Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada tahun 1983 juga mencetuskan tanda tanya yang besar.

Jika Mahathir mengaku tidak bertanggungjawab, lalu siapa yang harus dipersalahkan?

Anggaran wang yang hilang adalah lebih besar daripada rizab Bank Negara pada masa itu.

Mustahil Mahathir tidak menyedari wang sebanyak itu hilang daripada Rizab Bank Negara.

Rizab Bank Negara adalah hasil wang rakyat dan kes itu turut menunjukkan wang komuniti Bumiputera beralih begitu sahaja kepada pihak bukan Bumiputera.

Malahan, skandal BMF turut mengakibatkan pembunuhan seorang auditor negara ini di Hong Kong.

Betapa 'kotornya' skandal wang negara ini di bawah pemerintahan Mahathir.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/05/06/mahathir-missing-billions/


Sebelum ini, media Taiwan melaporkan dakwaan bahawa bekas Mahathir terbabit dalam isu pengubahan wang haram ke negara tersebut.

Mahathir didakwa menyeludup masuk wang Malaysia sebanyak RM830 bilion ke dalam bank di Taiwan antara 1984 hingga 1999.

Sebelum ini, individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai khas tidak rasmi Mahathir mendedahkan Mahathir memang ada menyimpan wang berkenaan di Taiwan.

Malahan, individu yang dikenali sebagai Abdul Hameed Gula Maiden mengakui dia dan beberapa orang lain memiliki senarai nombor siri wang berjumlah RM830 bilion itu.

Abdul Hameed mendedahkan wang-wang tersebut dicetak di London dan dihantar ke Taiwan.

SUMBER: https://news.ebc.net.tw/news/article/75317


Mahathir baru-baru ini mengkritik kerabat diraja Johor tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Kalau mahu bercakap soal Perlembagaan, keluarga diraja Johor sudah lama hidup dalam sistem raja berperlembagaan.

Untuk pengetahuan Mahathir, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor adalah Perlembagaan yang tertua di negara ini.

Malah lebih lama daripada Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor sudah wujud sejak 1895, sedangkan Perlembagaan Persekutuan wujud pada tahun 1957.

Mahathir belum lahir lagi dan ayah dia masih di India lagi, Johor sudah ada Perlembagaan sendiri.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/26115/edisi/johor/undang-undang-tubuh-kerajaan-johor-1895-sah-kata-dr-shamrahayu


Kalau mahu dihitung perkara buruk yang dibuat oleh Mahathir terhadap negara, tidak terbilang banyaknya.

Namun, dia tidak akan sedar tentang perkara itu kerana Mahathir aktif memburukkan orang lain.

Beribu alasan Mahathir boleh beri tapi fakta dan bukti-bukti tidak boleh disorok.

Jangan terlalu riak dengan diri sendiri tapi Mahathir sebenarnya lebih kotor daripada orang lain.

Sekali lagi, rakyat jangan mudah tertipu dengan permainan politik Mahathir.

Cukuplah satu atau dua kali diberi peluang. Tidak mungkin untuk kali ketiga.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut