Posts

Showing posts with the label ekonomi

Dasar Ekonomi Mahathir Gagal

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini 'memuji' rakan baiknya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Mahathir mendakwa ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Daim kepada negara. Untuk pengetahuan Mahathir, penghargaan akan diberikan kepada individu yang benar-benar menyumbang kepada negara. Namun, ramai tahu dasar Mahathir dan Daim kebanyakannya gagal ketika kedua-duanya menjadi kerajaan. Sehinggakan rakyat terpaksa menanggung impak negatif yang besar. Mahathir sendiri mengakui Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahannya telah gagal. Akibatnya, ramai golongan Melayu kekal miskin dan jurang antara golongan elit serta bawahan semakin jauh. Mahathir malahan mendakwa kegagalan DEB adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu yang malas. Walhal banyak keistimewaan yang diberikan oleh Mahathir hanya diberikan kepada segelintir individu. Kesannya, sasaran penguasaan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang ditetapkan dalam DEB tidak kesampaian. S...

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin rancak memburukkan pihak lain di media sosial rasminya baru-baru ini. Semua perkara dikritik oleh Mahathir, daripada projek bersama negara jiran sehinggalah sejarah negeri Johor. Makin agresif Mahathir mahu kekal relevan di mata rakyat dan cuba meraih sokongan orang ramai semula. Jangan tertipu dengan permainan politik Mahathir. Sebelum ini, dia pernah diangkat sebagai 'hero rakyat' dan menjadi Perdana Menteri ketujuh. Namun akhirnya, apa yang berlaku? Rakyat sengsara di bawah pemerintahannya. SUMBER: https://sg.news.yahoo.com/dr-mahathir-hanya-puas-hati-jika-dr-mahathir-152040580.html Mahathir kritik tentang Singapura tapi sekurang-kurangnya negara itu lebih kaya daripada Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk memajukan ekonomi Malaysia? Bagaimana Singapura yang keluar dari Malaysia mampu lebih kaya daripada Malaysia? Ikutkan Mahathir memiliki tempoh masa panjang untuk...