Dasar Ekonomi Mahathir Gagal


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini 'memuji' rakan baiknya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Mahathir mendakwa ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Daim kepada negara.

Untuk pengetahuan Mahathir, penghargaan akan diberikan kepada individu yang benar-benar menyumbang kepada negara.

Namun, ramai tahu dasar Mahathir dan Daim kebanyakannya gagal ketika kedua-duanya menjadi kerajaan.

Sehinggakan rakyat terpaksa menanggung impak negatif yang besar.
Mahathir sendiri mengakui Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahannya telah gagal.

Akibatnya, ramai golongan Melayu kekal miskin dan jurang antara golongan elit serta bawahan semakin jauh.

Mahathir malahan mendakwa kegagalan DEB adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu yang malas.

Walhal banyak keistimewaan yang diberikan oleh Mahathir hanya diberikan kepada segelintir individu.

Kesannya, sasaran penguasaan 30 peratus ekuiti Bumiputera yang ditetapkan dalam DEB tidak kesampaian.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2019/09/08/kenyataan-melayu-gagal-lemah-bagai-meludah-ke-langit/


Setiap tahun, hanya seorang sahaja ahli korporat Melayu yang berjaya menduduki carta 10 individu terkaya di Malaysia.

Namun selebihnya didominasi oleh ahli-ahli perniagaan kaum lain seperti India dan Cina.

Mahathir sendiri yang menyebabkan perkara itu berlaku dengan menganugerahkan banyak projek-projek besar kerajaan kepada kaum lain seperti Ananda Krishnan dan Vincent Tan.

Mahathir sebaliknya menyalahkan orang lain khususnya golongan Melayu.

Dia mendakwa orang Melayu gemar mencari jalan mudah dengan menjual kontrak dan permit mengimport (AP) kepada pihak lain.

Cukup-cukuplah Mahathir menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Selepas dua kali gagal melaksanakan polisi untuk memajukan orang Melayu, dia cuba untuk menjadi pejuang Melayu.

Masih ingatkah anda dengan Proklamasi Melayu yang dijaja oleh Mahathir sebelum ini?

Proklamasi Melayu itu sebenarnya terang-terangan menunjukkan Mahathir sendiri mengakui secara tidak langsung bahawa dia gagal membela nasib orang Melayu.

Ada juga dia melemparkan tuduhan bahawa orang Melayu malas berniaga, lebih suka menunggu kerja bergaji tetap.

Mahathir cuba tengok berapa ramai anak-anak Melayu berniaga di pasar malam?

Cuba lihat berapa ramai anak-anak Melayu berniaga secara dalam talian di media sosial?

Atau cuba lihat berapa ramai anak-anak Melayu bekerja sebagai penghantar makanan dan sebagainya?

Kalau Mahathir sendiri tidak turun padang dan melihat sendiri keadaan anak-anak Melayu, lebih elok dia tutup mulut.

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/index.php/bahasa/s/30241


Dasar Mahathir dan Daim terbukti gagal sehingga mengakibatkan jurang golongan marhaen dan elit semakin jauh.

Orang Melayu meskipun menerima banyak keistimewaan sebagai Bumiputera, namun keistimewaan itu hanya diberikan kepada individu tertentu.

Mahathir terus-menerus melontarkan pelbagai dakwaan tentang orang Melayu.

Dia cuba menjadi wira kepada orang Melayu tetapi sudah terlambat.

Orang Melayu sudah muak kepada permainan licik Mahathir dan tidak mempercayainya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir

Syed Saddiq Acah-Acah Hero Rakyat

Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja