Posts

Showing posts with the label Kroni

Anak Mahathir Selamat Kerana Duit Rakyat

Image
Kronisme dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad umpama irama dan lagu. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Sehingga kini, terlalu banyak peristiwa berkaitan amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dibangkitkan. Salah satu amalan yang masih disebut-sebut dan kekal menjadi pencetus wang negara hilang begitu banyak disebabkan oleh tindakannya yang kerap 'bail-out' syarikat kroni. Bayangkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis tapi diselamatkan oleh Mahathir menggunakan wang rakyat demi kepentingan peribadinya.  SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/722120 Salah satu syarikat yang diselamatkan oleh Mahathir adalah entiti milik anaknya sendiri iaitu Mirzan. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 jut...

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan. Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka. Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini. Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain? Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai ...