Posts

Showing posts with the label mahkamah

Na'imah Hanya Bersandiwara

Image
Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa dia dan ahli keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset sama ada di dalam dan luar negara. Na’imah turut mendakwa tuduhan ke atas dirinya selama ini adalah konspirasi politik. Bukankah Na’imah sendiri yang gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anaknya di luar negara? Sekiranya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset, mengapa Na’imah teragak-agak untuk mengisytiharkannya? Jika Na’imah mahu membuktikan tuduhan kepadanya adalah konspirasi politik, maka buktikan dengan tindakan yang sebetulnya. Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman. Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta. Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut. S...

Kelicikan Mahathir Cetus Krisis Perlembagaan 1988

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa dia tidak pernah campur tangan pemilihan hakim sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara. Dia mendakwa pemilihan hakim diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Cukuplah berbohong, Mahathir. Adakah Mahathir lupa tentang Krisis Perlembagaan 1988? Adakah Mahathir lupa dia pernah menyebabkan seorang hakim digantikan pada ketika itu? SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/80328 Disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988. Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara. Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media. Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas me...

Asiah, Peguam Kontroversi Yang Sombong!

Image
Perbicaraan kes melibatkan 'adik Bella' baru-baru ini memasuki episod baru apabila kesemua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Bainun menarik diri. Siti Bainun sebelum ini melantik 10 orang peguam untuk membelanya. Namun, kes perbicaraan tersebut mendapat perhatian Keluarga Diraja Johor dan membantu adik Bella. Salah seorang peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil baru-baru ini memuat naik status mengutuk Keluarga Diraja Johor. Dia mendakwa mana-mana kerabat diraja tidak sewajarnya campur tangan dalam sebarang kes mahkamah. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/240968/berita/semasa/siti-bainun-menangis-semua-peguam-tarik-diri Untuk pengetahuan Asiah, mana-mana kerabat diraja berhak menyuarakan pandangan dan pendapat mengikut Perkara 10 Perlembagaan. Kalau kerabat diraja mahu mencampuri keputusan mahkamah, baik dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Tetapi kerabat diraja menyuarakan pandangan menerusi media sosial atau erti kata lain, secara terbuka. Car...

Dian Lee Bermuka-muka, Terpalit Skandal BAL

Image
Kecoh sebentar Malaysia apabila ahli perniagaan negara ini, John Soh Chee Wen dan teman wanitanya, Quah Su Ling didakwa atas pertuduhan menjadi dalang kes manipulasi pasaran terbesar di Singapura melibatkan wang lebih AS$ 8 bilion daripada pasaran saham negara tersebut pada Oktober 2013. Soh ditahan sejak November 2016 dan berdepan 188 pertuduhan! Malahan Su Ling juga berdepan 169 pertuduhan melibatkan manipulasi pasaran dan penipuan. Soh dikenakan hukuman penjara selama 9 tahun. Sumber: https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2022/05/05/john-soh-quah-su-ling-found-guilty-in-singapore039s-s8bil-penny-stock-crash Namun Soh hanyalah 'boneka' di sebalik mereka yang turut terbabit dalam kes berkenaan. Antara yang terlibat adalah anak pengasas Country Heights, Tan Sri Lee Kim Yew iaitu Dian Lee serta suaminya, Datuk Jared Lim. Dian Lee pernah buat kecoh sebelum ini apabila menyertai Muda dan dilantik menjadi AJK Pusat parti itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini...

Sepandai-pandai Syed Saddiq Menipu Rakyat, Akhirnya

Image
Dalam kertas pendakwaan terbaru, Syed Saddiq telah dituduh melakukan pengubahan wang haram apabila memasukkan wang RM100,000 ke dalam akaun bank Maybank Islamic beliau yang kemudian dipindahkan ke akaun ASBnya. Ramai yang bertanya apa benda aktiviti haram yang dilakukan Syed Saddiq tersebut? Cuba kita lihat pada kes ini secara mendalam : Pada 2 April 2018 , Parti Bersatu telah diharamkan oleh ROS. ( https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/327751/ppbm-diperintah-bubar-sementara ) Pada 8 April 2018 , Syed Saddiq menjalankan satu acara "fund-raising battle for johor" untuk meraih dana beliau bertanding sebagai calon parlimen di Muar untuk PRU14. Menurut FB live Syed Saddiq pada 22 Julai 2021, ( https://www.facebook.com/1130669147012110/videos/933676217487695 ) beliau berkata fund raising itu tidak ada kena mengena dengan Bersatu kerana parti Bersatu telah diharamkan, malah katanya Akaun Bersatu juga telah dibekukan. Maka Fund Raising itu adalah fund raising hanya unt...