Asiah, Peguam Kontroversi Yang Sombong!

Perbicaraan kes melibatkan 'adik Bella' baru-baru ini memasuki episod baru apabila kesemua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Bainun menarik diri.

Siti Bainun sebelum ini melantik 10 orang peguam untuk membelanya.

Namun, kes perbicaraan tersebut mendapat perhatian Keluarga Diraja Johor dan membantu adik Bella.

Salah seorang peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil baru-baru ini memuat naik status mengutuk Keluarga Diraja Johor.

Dia mendakwa mana-mana kerabat diraja tidak sewajarnya campur tangan dalam sebarang kes mahkamah.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/240968/berita/semasa/siti-bainun-menangis-semua-peguam-tarik-diri

Untuk pengetahuan Asiah, mana-mana kerabat diraja berhak menyuarakan pandangan dan pendapat mengikut Perkara 10 Perlembagaan.

Kalau kerabat diraja mahu mencampuri keputusan mahkamah, baik dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa.

Tetapi kerabat diraja menyuarakan pandangan menerusi media sosial atau erti kata lain, secara terbuka.

Cara itu tidak salah kerana memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kes adik Bella.

Penderaan kanak-kanak bukan sesuatu jenayah normal, malah memang wajar diberi perhatian serius oleh mana-mana pihak, baik rakyat atau pun kerabat diraja.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/04/21/isu-adik-bella-penting-golongan-kerabat-bersuara-che-puan-juliana/

Baru-baru ini, Asiah mencetuskan kontroversi berhubung isu perkahwinan pengarah terkemuka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Asiah mendakwa tindakan Syamsul tidak salah kerana Rasulullah S.A.W turut melakukan tindakan serupa.

Asiah mendakwa lagi bahawa Syamsul mengikut Sunnah Nabi.

Hebat dakwaan Asiah. Semulia-mulia Rasulullah, Asiah boleh hina atau melemparkan tuduhan sebegitu.

Kenyataan seumpama itu hanya memberikan imej buruk kepada agama Islam, seolah-olah agama Islam sangat-sangat membenarkan perkara yang disebutkan oleh Asiah.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/04/18/geng-ustaz-kecam-tindakan-asiah-jalil/

Bukan sekali Asiah memburukkan Rasulullah, tapi berkali-kali.

Asiah pernah mendakwa bahawa Rasulullah melakukan perkara kurang bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita.

Asiah bercakap seolah-olah dia menyaksikan sendiri perbuatan itu. Asiah patut tahu bahawa fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Kenyataan dangkal seperti itu tidak pelik buat seorang yang berfikiran seperti liberal.

Asiah memang diketahui rapat dengan golongan liberal seperti aktivis, Siti Kassim.

Sumber: https://penyusakti.wordpress.com/2017/01/17/menjawab-penghinaan-asiah-abd-jalil-terhadap-rasulullah/

Peguam kontroversi seperti Asiah tidak wajar untuk menyoal hak bersuara mana-mana pihak.

Sedangkan dia sendiri turut mengeluarkan pelbagai kenyataan namun sayangnya, bersifat dangkal.

Apa yang cuba dibuktikan oleh golongan liberal seperti Asiah?

Dia patut bertaubat daripada terus melemparkan penghinaan kepada Rasulullah.

Rasulullah bukan seseorang yang boleh dihina sebegitu sahaja. Baginda diangkat tinggi oleh Allah S.W.T.

Hinalah benda lain, Asiah. Tapi jangan hina Rasulullah. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Jangan terlalu berlagak, bila-bila masa sahaja nikmat dunia boleh ditarik balik.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut