Posts

Showing posts with the label Perikatan Nasional

Helah Politik Muhyiddin

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang. Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri. Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan.   Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedud...

Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Image
Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan. Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya? Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi? Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236 Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu. Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam. PN tergamak menggunak...