Posts

Showing posts with the label ICERD

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP. Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik. Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit. Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit. UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sumber: https://www.malaysia...

Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam. Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam. Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan. Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Panjang lebar ke...