Posts

Showing posts with the label PNSL

Anak Mahathir Selamat Kerana Duit Rakyat

Image
Kronisme dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad umpama irama dan lagu. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Sehingga kini, terlalu banyak peristiwa berkaitan amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dibangkitkan. Salah satu amalan yang masih disebut-sebut dan kekal menjadi pencetus wang negara hilang begitu banyak disebabkan oleh tindakannya yang kerap 'bail-out' syarikat kroni. Bayangkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis tapi diselamatkan oleh Mahathir menggunakan wang rakyat demi kepentingan peribadinya.  SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/722120 Salah satu syarikat yang diselamatkan oleh Mahathir adalah entiti milik anaknya sendiri iaitu Mirzan. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 jut...

Anak Cucu Mahathir Hidup Senang Lenang

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keluarganya tidak pernah memiliki kekayaan bernilai berbilion ringgit. Mahathir mendakwa tiada sebab untuk dia dan keluarganya perlu mengaku sesuatu yang kurang benar. Kalau benar dakwaan Mahathir, cuba jawab mana datangnya nilai kekayaan berbilion ringgit milik anaknya seperti Mokhzani? Bagaimana pula dengan isu barangan kemas peribadi yang hilang pada Julai lalu bernilai jutaan ringgit milik cucunya? Daripada mana semua kekayaan itu datang? Cuba Mahathir jawab. Pada Julai lalu, rumah yang diduduki oleh cucu Mahathir, dipecah masuk dan barang kemas lama bernilai RM1.8 juta dilarikan. Bayangkan barang kemas bernilai RM1.8 juta berada di rumah cucu Mahathir. Itu baru melibatkan barangan kemas. Belum lagi selongkar aset-aset lain milik cucunya. Daripada mana cucu Mahathir memiliki barangan kemas bernilai RM1.8 juta? Sudah tentu daripada kekayaan yang diperoleh secara langkah kronisme oleh Mahathir sejak dari dulu lagi ketika menjadi...