Posts

Showing posts with the label SPRM

Na'imah Hanya Bersandiwara

Image
Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa dia dan ahli keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset sama ada di dalam dan luar negara. Na’imah turut mendakwa tuduhan ke atas dirinya selama ini adalah konspirasi politik. Bukankah Na’imah sendiri yang gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anaknya di luar negara? Sekiranya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset, mengapa Na’imah teragak-agak untuk mengisytiharkannya? Jika Na’imah mahu membuktikan tuduhan kepadanya adalah konspirasi politik, maka buktikan dengan tindakan yang sebetulnya. Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman. Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta. Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut. S...

Helah Politik Muhyiddin

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang. Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri. Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan.   Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedud...

Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melayannya seperti penjenayah. Dia juga menuduh undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat. Bagaimana individu yang sama mencetuskan kontroversi Ops Lalang dan memanipulasi undang-undang ikut suka hati buat tuduhan sedemikian? Sekurang-kurangnya Mahathir tidak disumbat dalam penjara seperti dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya. Mahathir patut bersyukur masih bebas dan boleh memberikan pelbagai kenyataan 'merepek' secara terbuka seperti sekarang. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235991/dr-mahathir-dakwa-undang-undang-kini-mengancam-rakyat Mahathir lupa siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya? Mahathir lupa tentang kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun? Sudah tentu dia lupa ker...

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi membuktikan bahawa Anwar mendapat sokongan pengundi. Dakwa Mahathir, Anwar tidak dipilih oleh pengundi kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Mahathir turut secara riak mengatakan dia tidak pernah kalah dalam lima PRU dan sering mendapat majoriti dua pertiga. Dia juga mendakwa rakyat tidak pernah menolaknya kerana percaya akan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/22/dr-mahathir-claims-anwar-wasnt-elected-pm-challenges-him-to-hold-snap-polls-now-to-prove-support/113893 Mahathir lupa ketika PRU-14, dia menjadi Perdana Menteri ketujuh meskipun tidak memegang majoriti dua pertiga. Gabungan parti yang disertai ketika itu hanya mendapat majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja. Maknanya dakwaan Mahathir tidak benar sama sek...

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan. Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka. Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini. Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain? Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai ...