Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melayannya seperti penjenayah.

Dia juga menuduh undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat.

Bagaimana individu yang sama mencetuskan kontroversi Ops Lalang dan memanipulasi undang-undang ikut suka hati buat tuduhan sedemikian?

Sekurang-kurangnya Mahathir tidak disumbat dalam penjara seperti dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya.

Mahathir patut bersyukur masih bebas dan boleh memberikan pelbagai kenyataan 'merepek' secara terbuka seperti sekarang.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235991/dr-mahathir-dakwa-undang-undang-kini-mengancam-rakyat


Mahathir lupa siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya?

Mahathir lupa tentang kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun?

Sudah tentu dia lupa kerana Mahathir sehingga kini berkeras tidak akan meminta maaf tentang perkara itu.

Dia kata Ops Lalang dilaksanakan atas arahan polis. Kalau begitu, siapa pula Menteri Dalam Negeri ketika itu?

Bukankah Mahathir memegang jawatan berkenaan dan meluluskan lebih 100 orang ditahan di bawah ISA?

Siapa yang bertanggungjawab memegang jawatan menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang pada masa itu? Tak lain, tak bukan adalah Mahathir.

Mahathir masih mahu menafikan penglibatannya dalam Ops Lalang? Berhenti berbohong kepada rakyat, Mahathir.

SUMBER: https://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2011/02/ops-lalang-was-making-of-police-state.html


Mahathir dakwa 'non violence' tidak mendapat tempat di negara ini.

Kalau Mahathir berbicara soal anak-anaknya disiasat oleh SPRM dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh, tak usahlah bermuka-muka.

Kenapa perlu takut kalau anak-anaknya tidak bersalah? Kenapa tuduh kerajaan macam-macam kalau benar-benar tidak bersalah?

Kenapa harus gelisah kalau tidak bersalah melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dengan sengaja?

Kenapa beri pelbagai alasan dan lontar tohmahan tidak berasas kepada kerajaan?

Mahathir jangan lupa 'non violence' yang pernah dilakukan oleh dirinya sendiri. Antaranya, cuba menjatuhkan kerajaan dengan ikut pintu belakang.

Langkah Dubai kerja kotor yang direncana oleh Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan. Dia turut guna 'balaci' untuk serang institusi diraja.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/01/06/langkah-dubai-berjaya-kumpul-123-akuan-sumpah/

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/chegu-bard-zahid-md-arip-disiasat-berhubung-isu-kenderaan-kurniaan-agong-kepada-pm-460783


Ketika menjadi Perdana Menteri keempat, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat, melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta mengintrepretasikan semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Bertitik tolak dari situ, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir sememangnya licik. Rancangan Tun Salleh Abas terbongkar dan Mahathir pula memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html


Mahathir kata undang-undang ketika ini ancam rakyat? Mahathir ada nampak rakyat disumbat dalam kem tahanan tanpa bicara?

Mahathir kata 'non violence' tiada tempat di negara ini? Siapa sekat kebebasan bersuara dahulu?

Cukuplah bersandiwara, Mahathir. Sekurang-kurangnya Mahathir tidak menghabiskan sisa tua di kem tahanan atau penjara.

Tak perlu menggelabah kalau tidak bersalah. Orang yang bersalah sahaja suka mencari kesalahan orang lain.

Mahathir bukan sahaja nyanyuk tapi manusia yang bongkak dan kejam tanpa meminta maaf atas kesalahannya kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut