Posts

Showing posts with the label Barisan Nasional

Kenyataan Berlagak Mahathir Tentang Pak Lah

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan perkara yang paling diingatinya tentang Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah keputusannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009. Itu adalah satu bentuk nostalgia yang paling 'petty' dalam politik Malaysia. Adakah tindakan Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri merupakan satu kepuasan bagi Mahathir? Bukankah banyak lagi perkara yang dilakukan oleh Pak Lah sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, boleh dikenang? Pada 2008, Mahathir desak Pak Lah letak jawatan selepas dia mendakwa Perdana Menteri kelima itu memusnahkan Barisan Nasional (BN). Setahun selepas itu, Pak Lah meletakkan jawatan dan terus bersara daripada dunia politik. Mahathir mengatakan itulah cara di negara ini, apabila seseorang bersara, dia pergi dengan mudah tanpa masalah dan tugas diserahkan kepada pengganti. Persoalannya, Mahathir yang sepatutnya 'bersara' sejak 2003 kenapa masih sibuk dengan urusan po...

Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Image
Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan. Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya? Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi? Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236 Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu. Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam. PN tergamak menggunak...

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada ...

Pilihan Menteri Besar Johor Adalah Peranan Tunggal KDYMM Sultan Johor

Image
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lepas telah menunjukkan bahawa rakyat telah kembali percaya terhadap pimpinan BN dan UMNO setelah mengharungi kegagalan demi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelumnya. Sudah tentunya BN kini berasa yakin dan positif akan peluangnya dalam Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Namun begitu, adakah BN kini berasa ia lebih berkuasa dari institusi diraja sehingga hanya mencadangkan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar? Nampaknya mereka telah lupa akan bidang kuasa dan peranan KDYMM Sultan Johor yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, Perkara 3 di mana ia menyatakan bidang kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah peranan Sultan Johor. Dalam hal pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, ianya selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Johor. Keangkuhan BN dalam cubaan mereka menolak pelan...