Pilihan Menteri Besar Johor Adalah Peranan Tunggal KDYMM Sultan Johor
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lepas telah menunjukkan bahawa rakyat telah kembali percaya terhadap pimpinan BN dan UMNO setelah mengharungi kegagalan demi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelumnya. Sudah tentunya BN kini berasa yakin dan positif akan peluangnya dalam Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Namun begitu, adakah BN kini berasa ia lebih berkuasa dari institusi diraja sehingga hanya mencadangkan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar?
Nampaknya mereka telah lupa akan bidang kuasa dan peranan KDYMM Sultan Johor yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, Perkara 3 di mana ia menyatakan bidang kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah peranan Sultan Johor. Dalam hal pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, ianya selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Johor.
Keangkuhan BN dalam cubaan mereka menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi, pilihan KDYMM Sultan Johor, hampir boleh dikatakan derhaka! Bulat-bulat ianya peranan tunggal Sultan untuk melantik Menteri Besar Johor, dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa, mahupun di mahkamah. Desas-desus politik tidak sepatutnya menjejaskan kestabilan sesebuah negeri. Lagi-lagi parti yang memenangi PRN Johor dengan slogan “Kestabilan Masa Depan” langsung tidak memahami maksudnya.
Dalam hal ini, siapakah yang patut bertanggungjawab? Jawapannya adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sejak bilakah beliau faham pada keperluan dan kepentingan rakyat Johor? Di Johor, ada banyak perbezaan dalam cara pentadbiran kerajaan negeri berbanding dengan negeri lain. Peranan KDYMM Sultan Johor bukan semata-matanya setakat istiadat sahaja. Titah diraja masih berpengaruh, dan Bangsa Johor taat dan setia kepada Sultan. Mereka tidak akan tunduk kepala mengikut kehendak Zahid Hamidi untuk memastikan kelangsungan politiknya.
Pilihan Tuanku Sultan Johor adalah berasaskan kebolehan seseorang itu memimpin dan mentadbir kerajaan dengan efektif dan mampu mengetengahkan kepentingan Johor. Jika Zahid Hamidi ingat beliau boleh melantik pilihannya yang sudah tentu hanya akan ikut kehendaknya, maka beliau sudah salah jangka akan kewibawaan Tuanku Sultan Johor dan taat setia Bangsa Johor terhadap Sultan mereka.
UMNO/BN juga perlu faham bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi kini menghadapi kes mahkamah berkaitan dengan penyelewengan dan penggubalan wang haram. Beliau kini berasa terdesak untuk menyelamatkan dirinya supaya boleh terus bertanding dalam PRU15 yang akan datang. Jangan sesekali Zahid Hamidi ingat bahawa beliau boleh menjejaskan kestabilan negeri Johor untuk menyelamatkan diri sendiri. Jika beliau betul-betul bersalah mengikut undang-undang, maka beliau patut menghadapi hukumannya dengan reda. Buat apa nak campur tangan dalam hal isu pelantikan Menteri Besar Johor, sedangkan bukan peranannya pun untuk mencadangkan nama calon? Bangsa Johor ini tidak senang untuk dipengaruhi. Tengoklah tindak balas Dato’ Hasni Muhammad. Beliau langsung tidak membantah, dan akur terhadap perkenan KDYMM Sultan Johor untuk melantik Datuk Onn Hafiz Ghazi, malah beliau telah menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk pemimpin muda tampil ke depan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pentadbiran negeri.
Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan hujung minggu ini akan penuh dengan desas-desus politik. Besar hatinya Dato’ Hasni mengarahkan agar perwakilan dari Johor menarik diri dari sesi perbahasan supaya tidak mengungkit lagi hal pelantikan Menteri Besar Johor. Betul, ini mungkin pengorbanan oleh Dato’ Hasni untuk memastikan hubungan antara UMNO dengan Keluarga Diraja Johor tidak terjejas, akan tetapi puncanya adalah Presiden UMNO dan bukan Dato’ Hasni.
Datuk Seri Zahid Hamidi patut meminta ampun dari KDYMM Sultan Johor dan meminta maaf kepada rakyat Johor.

Comments
Post a Comment