Posts

Showing posts with the label Muhyiddin Yassin

Helah Politik Muhyiddin

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya 'bersih', berdepan pelbagai tuduhan melibatkan wang. Muhyiddin bukan sahaja didakwa mencuri duit rakyat, malahan wang partinya sendiri. Lebih ironi, Muhyiddin merupakan antara individu paling lantang yang tidak bersekongkol dalam isu korupsi ketika zaman pemerintahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini, tuduhan demi tuduhan yang menjeratnya seakan menafikan imej 'bersih' yang pernah dicanangkan.   Rakyat melihat Muhyiddin sebagai simbol hipokrasi politik yang suatu ketika dahulu lantang menentang rasuah, tetapi akhirnya terpalit dengan dakwaan sama. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedud...

Mahathir Cuba Tegak Benang Yang Basah

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga kini masih tidak mahu mengaku salah berhubung isu pemilikan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura pada 2018. Tindakan Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, menjadi tanda tanya banyak pihak terutamanya situasi tersebut berlaku selepas sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya mengangkat sumpah. Proses tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh sejak 2008 menjadi 'sia-sia' kerana tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh Mahathir. Sehingga ke hari ini, tiada siapa mampu merungkai sebab utama Mahathir berbuat demikian dan alasan demi alasan diberikan oleh Mahathir, hanyalah bersifat dangkal. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri yang mencetuskan pertikaian antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di ...