Posts

Showing posts with the label Johor

MUDA Cuba Mengemis Kerusi Pilihan Raya

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi membuktikan kepada seluruh negara bahawa retorik 'politik baharu', 'kuasa ketiga' dan 'harapan belia' yang dilaungkan selama ini hanyalah sandiwara politik paling murahan serta tidak lucu. Presiden baharu MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz dengan wajah selambanya mengumumkan parti tersebut 'terbuka untuk sebarang rundingan' dengan mana-mana blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Dalam bahasa politik yang lebih jujur dan kasar, MUDA sebenarnya sedang 'mengemis' kerusi pilihan raya dengan parti lain. Parti yang dahulunya suka bercakap besar tentang integriti, reformasi dan keberanian generasi muda, ketika ini sedang merayu diberikan sedikit kerusi pilihan raya untuk mereka bertanding.  SUMBER: https://www.suarakeadilan.my/post/muda-gagal-tarik-pengundi-sukar-beri-peluang-sekali-lagi-dalam-prn MUDA ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2020 dengan penuh gegak-gempi...

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin rancak memburukkan pihak lain di media sosial rasminya baru-baru ini. Semua perkara dikritik oleh Mahathir, daripada projek bersama negara jiran sehinggalah sejarah negeri Johor. Makin agresif Mahathir mahu kekal relevan di mata rakyat dan cuba meraih sokongan orang ramai semula. Jangan tertipu dengan permainan politik Mahathir. Sebelum ini, dia pernah diangkat sebagai 'hero rakyat' dan menjadi Perdana Menteri ketujuh. Namun akhirnya, apa yang berlaku? Rakyat sengsara di bawah pemerintahannya. SUMBER: https://sg.news.yahoo.com/dr-mahathir-hanya-puas-hati-jika-dr-mahathir-152040580.html Mahathir kritik tentang Singapura tapi sekurang-kurangnya negara itu lebih kaya daripada Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, apa yang dilakukan oleh Mahathir untuk memajukan ekonomi Malaysia? Bagaimana Singapura yang keluar dari Malaysia mampu lebih kaya daripada Malaysia? Ikutkan Mahathir memiliki tempoh masa panjang untuk...

Syed Saddiq Acah-Acah Hero Rakyat

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nak tunjuk dia hero rakyat. Dia pandai-pandai mendakwa projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar adalah cetusan idea dia. Syed Saddiq dakwa dia sendiri yang mencadangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan projek itu. Namun sebenarnya idea untuk membina TMIYC di Muar adalah inisiatif Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk memperkasakan pembangunan golongan belia di negeri itu. Bagaimana Syed Saddiq boleh mendakwa projek TMIYC di Muar adalah idea dia sendiri untuk penduduk Muar? Tak malukah ambil kredit atas idea pihak lain? SUMBER: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=371302359147423&id=100088029841839&mibextid=WC7FNe Syed Saddiq mendakwa setiap bulan dia melawat tapak projek berkenaan di Muar. Walhal, sebenarnya dia telah mengabaikan projek itu sehinggakan Menteri Besar Johor terpaksa campur tangan dan mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan TMIYC di Muar dengan ...

Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan. Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak. Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan. Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya. Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik. Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa...

10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya. Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya. Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia. Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar. Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/ Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar. Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak...

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada ...

Mahathir Cuba Tegak Benang Yang Basah

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga kini masih tidak mahu mengaku salah berhubung isu pemilikan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura pada 2018. Tindakan Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, menjadi tanda tanya banyak pihak terutamanya situasi tersebut berlaku selepas sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya mengangkat sumpah. Proses tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh sejak 2008 menjadi 'sia-sia' kerana tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh Mahathir. Sehingga ke hari ini, tiada siapa mampu merungkai sebab utama Mahathir berbuat demikian dan alasan demi alasan diberikan oleh Mahathir, hanyalah bersifat dangkal. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri yang mencetuskan pertikaian antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di ...

Pilihan Menteri Besar Johor Adalah Peranan Tunggal KDYMM Sultan Johor

Image
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lepas telah menunjukkan bahawa rakyat telah kembali percaya terhadap pimpinan BN dan UMNO setelah mengharungi kegagalan demi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelumnya. Sudah tentunya BN kini berasa yakin dan positif akan peluangnya dalam Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Namun begitu, adakah BN kini berasa ia lebih berkuasa dari institusi diraja sehingga hanya mencadangkan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar? Nampaknya mereka telah lupa akan bidang kuasa dan peranan KDYMM Sultan Johor yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, Perkara 3 di mana ia menyatakan bidang kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah peranan Sultan Johor. Dalam hal pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, ianya selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Johor. Keangkuhan BN dalam cubaan mereka menolak pelan...