Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan.
Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak.
Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan.
Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya.
Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as
Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik.
Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa terabai dan beranggapan tidak mendapat perhatian khusus daripada Amira Aisya.
Selain itu, tindakan meninggalkan kawasan DUN untuk jangka masa lama akan menyebabkan masalah rakyat tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Amira Aisya seolah-olah memberi 'bola tanggung' kepada rakyat khususnya penduduk Puteri Wangsa untuk mengkritik beliau sekiranya sesuatu masalah gagal ditangani dengan baik.
Banyak lagi isu-isu di Puteri Wangsa yang harus diberi perhatian serius oleh Amira Aisya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/940308/loji-kumbahan-rosak-500-keluarga-hidu-bau-busuk-sejak-22-tahun-lalu
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/160-tan-sampah-dikutip-di-sungai-tebrau-dan-sungai-skudai-exco-405567
Amira Aisya juga seolah-olah lebih memberi keutamaan kepada aktiviti politiknya berbanding memberi perhatian kepada kawasan DUN beliau.
Sebelum ini, Amira Aisya dikritik hebat selepas mengeluarkan kenyataan yang berbentuk menghina mahkamah.
Amira Aisya tidak sepatutnya mencampuri apa jua perbicaraan mahkamah terutamanya melibatkan kes sekutunya iaitu Syed Saddiq.
Bagaimana Syed Saddiq yang baru berusia 26 tahun pada 2018 memiliki wang sebanyak RM1 juta?
Sedangkan Syed Saddiq tidak mempunyai pekerjaan berpendapatan tinggi ketika itu.
Hanya disebabkan Syed Saddiq adalah sekutunya, Amira Aisya cuba menyokong tindakan tidak bermoral dilakukan oleh Syed Saddiq.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/10/29/kes-syed-saddiq-amira-mungkin-hina-mahkamah-sian-see/
Tingkah laku Amira Aisya yang meninggalkan Puteri Wangsa selama sebulan boleh memberi impak jangka masa panjang.
Penduduk Puteri Wangsa akan hilang kepercayaan kepada Amira Aisya dan juga keyakinan kepada sistem politik.
Amira Aisya sewajarnya bersyukur dan berterima kasih kerana rakyat Puteri Wangsa sudi menerima beliau sebagai Ahli Parlimen.
Amira Aisya perlu sedar bahawa kerusi itu diberikan oleh DAP kepadanya ketika Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor) tahun lalu.
Bila-bila masa sahaja kerusi itu boleh dirampas semula oleh DAP.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-johor-dap-amanah-setuju-serah-6-kerusi-dun-kepada-muda-345889
Amira Aisya wajar mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan rakyat di kawasan DUN beliau.
Amira Aisya juga harus mempunyai komunikasi yang baik dengan rakyat Puteri Wangsa untuk memahami masalah serta keperluan mereka dengan lebih baik.
Berikan keutamaan kepada hal-hal yang lebih penting dan tidak terlalu mengejar aktiviti peribadinya.
Bukankah MUDA mahu membuat revolusi? Malangnya ahli MUDA juga tidak mengotakan kata-kata yang pernah dilontarkan kepada rakyat.
Lebih banyak bermain agenda peribadi berbanding benar-benar memperjuangkan apa yang hendak diperjuangkan.
Comments
Post a Comment