Pejuang Cipta Rekod Memalukan
Setiap parti politik mempunyai cita-cita untuk mencipta rekod. Ada yang mahu memecahkan rekod majoriti undi terbesar, ada yang ingin menawan sesebuah negeri buat kali pertama. Pejuang juga mencipta rekod namun rekod yang belum pernah dibuat oleh parti-parti politik lain di negara ini. Rekod itu tidaklah membanggakan bagi sesebuah parti namun menjadi bukti Pejuang tidak pernah diterima oleh rakyat selama ini. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/614187 Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Pejuang meletakkan calon di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Keputusannya adalah 42 calon dihantar bertanding, 42 kalah dan kesemua 42 calon hilang wang deposit. Sebanyak RM210,000 wang parti diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa membawa pulang walau satu kerusi. Lihat sahaja angka di beberapa kerusi. Di Buloh Kasap, calon Pejuang hanya memperoleh 144 undi. Di Senggarang, 162 undi. Di Bukit Pasir, 196 undi. Di Simpang Jeram, 197 undi. Di Rengit, 202...