Na'imah Hanya Bersandiwara

Balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa dia dan ahli keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset sama ada di dalam dan luar negara.

Na’imah turut mendakwa tuduhan ke atas dirinya selama ini adalah konspirasi politik.

Bukankah Na’imah sendiri yang gagal mengisytiharkan asetnya bersama anak-anaknya di luar negara?

Sekiranya tidak pernah menyembunyikan sebarang aset, mengapa Na’imah teragak-agak untuk mengisytiharkannya?

Jika Na’imah mahu membuktikan tuduhan kepadanya adalah konspirasi politik, maka buktikan dengan tindakan yang sebetulnya.

Na'imah dikatakan memiliki syarikat pemegang amanah yang dinamakan sebagai ZA Star Trust, berpangkalan di Kepulauan Cayman.

Ditubuhkan pada 2010 oleh Na'imah dan setakat 2020, syarikat tersebut memegang asetnya kira-kira AS$52.5 juta.

Selain Na'imah, dua anak lelakinya iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut.

Syarikat itu membuat pelaburan dalam bidang hartanah di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menerusi tiga syarikat British Virgin Islands (BVI).

SPRM sebelum ini telah bertindak membekukan aset Na'imah di UK bernilai kira-kira 132 juta pound, yang melibatkan dua bangunan komersial, lima rumah mewah dan beberapa akaun bank.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/731968/berita/semasa/rm758-juta-aset-naimah-keluarga-daim-di-london-dibeku

Na'imah turut dikatakan menyimpan asetnya di sebuah wilayah yang dikenali sebagai Jersey, berdekatan dengan Perancis.

Empat syarikat berdaftar di Jersey dikaitkan dengan keluarga Na'imah dengan aset dianggarkan sekitar RM1.1 bilion.

Menurut siasatan SPRM, terdapat empat akaun bank dan pelaburan milik Na'imah di wilayah terbabit.

SPRM memaklumkan aset-aset itu diperoleh di Malaysia oleh Na'imah namun gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SPRM.

Selain Kepulauan Cayman dan Jersey, Na'imah dikatakan menyembunyikan aset-asetnya di negara seperti Switzerland, Singapura, Itali, Jepun dan Indonesia.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127320/naimah-mohon-batal-cukai-pendapatan-lebih-rm300-juta-babitkan-aset-luar

Na'imah juga bukan calang-calang individu apabila dikatakan memperoleh beberapa kontrak secara terus daripada kerajaan.

Dia sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

SPK memperoleh kontrak secara terus berjumlah berbilion ringgit selama pada 1990-an daripada kerajaan.

Na'imah juga memiliki orang kanan mereka yang bersekongkol dengan kegiatannya mengaut kekayaan di negara ini.

Individu tersebut adalah Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik Naimah.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak keluarga Naimah seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995

Buat masa ini, kata-kata Na'imah hanyalah naratif kosong yang dibawa untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Sebaliknya, Na'imah sendiri perlu membuktikan semua tuduhan ke atas dirinya adalah tidak benar.

Selagi kesnya masih berjalan, segala naratif dikeluarkan oleh Na'imah adalah sandiwara semata-mata.

Persoalan perlu dijawab oleh Na'imah tentang kegagalannya untuk mengisytiharkan hartanya.

Kertas Pandora turut membongkarkan segala-galanya tentang Na'imah dan keluarganya.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Razak Baginda Hanya 'Rakan Subahat'?

Mahathir Aktif Berpolitik Kerana Mukhriz

Kenyataan Berlagak Mahathir Tentang Pak Lah