MUDA Cuba Mengemis Kerusi Pilihan Raya



Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi membuktikan kepada seluruh negara bahawa retorik 'politik baharu', 'kuasa ketiga' dan 'harapan belia' yang dilaungkan selama ini hanyalah sandiwara politik paling murahan serta tidak lucu.

Presiden baharu MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz dengan wajah selambanya mengumumkan parti tersebut 'terbuka untuk sebarang rundingan' dengan mana-mana blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam bahasa politik yang lebih jujur dan kasar, MUDA sebenarnya sedang 'mengemis' kerusi pilihan raya dengan parti lain.

Parti yang dahulunya suka bercakap besar tentang integriti, reformasi dan keberanian generasi muda, ketika ini sedang merayu diberikan sedikit kerusi pilihan raya untuk mereka bertanding. 

SUMBER: https://www.suarakeadilan.my/post/muda-gagal-tarik-pengundi-sukar-beri-peluang-sekali-lagi-dalam-prn



MUDA ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2020 dengan penuh gegak-gempita.

Mereka mendakwa mahu menjadi parti yang segar, progresif, bersih dan tidak terikat dengan politik lama.

Retorik mereka ketika itu adalah tidak mahu menjadi alat kepada sesiapa dan hanya ingin mewakili generasi muda yang berani berubah selain berniat politik Malaysia perlu dibersihkan.

Namun, enam tahun kemudian, MUDA berada di titik yang sangat memalukan.

Apabila Amira Aisya mengatakan MUDA terbuka untuk rundingan, itu bukanlah tanda kematangan politik.

Itu adalah pengakuan terbuka bahawa MUDA tidak mampu berdiri sendiri.

Parti yang dulu sombong mengatakan 'kami tidak mahu jadi alat sesiapa' kini sedang mencari 'abang besar' yang sudi memberikan kerusi. 

SUMBER: https://harapandaily.com/2026/06/05/bersama-ni-muda-2-0-tapi-tak-mustahil-jadi-sama-macam-bersatu/



MUDA memiliki rekod kekalahan yang memalukan dalam pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), mereka hanya mampu menang satu kerusi dengan bantuan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Apabila cuba bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 2023, kesemua calon parti itu tewas dan hilang deposit.

Prestasi mereka begitu teruk sehinggakan ramai penganalisis politik melabel MUDA sebagai 'pembunuh undi progresif'.

Menjelang PRN Johor 2026, MUDA merancang untuk bertanding di lima hingga sepuluh kerusi, termasuk mempertahankan Puteri Wangsa.

Mereka berlagak seolah-olah Puteri Wangsa adalah kubu kuat mereka. Padahal kerusi itu pun dimenangi dulu kerana belas ihsan daripada PH. 

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736



MUDA tidak mempunyai jentera akar umbi yang kukuh. Mereka tidak mempunyai naratif unik yang mampu menambat hati para pengundi di Johor.

Mereka tidak memiliki sokongan meluas dalam kalangan golongan belia Johor.

Apa yang ada hanyalah retorik kosong dan hantaran media sosial parti itu yang cuba memperjuangkan sesuatu namun gagal sampai kepada rakyat.

MUDA masih bercakap soal perubahan dan masa depan belia namun adakah mereka benar-benar memperjuangkan golongan itu?

Tak cukupkah mereka menipu golongan belia dengan janji-janji kosong sejak 2020? 

SUMBER: https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/8959/muda-didakwa-tiada-pendirian-sejak-ditubuhkan---aktivis-politik-pkr



MUDA sebenarnya bukan mencari kerjasama namun hanya meminta 'nyawa' daripada pihak lain untuk terus hidup dalam dunia politik Malaysia.

Parti yang dilahirkan dengan penuh idealisme telah 'mati' sebelum mencapai tempoh matangnya.

Bagi rakyat Johor, terutamanya generasi muda, sudah tiba masanya untuk melihat MUDA dengan kaca mata lebih jelas.

Mereka bukan harapan baharu, MUDA adalah parti kitar semula yang mengekalkan gaya politik lama dengan menyajikan retorik 'segar'.

Namun retorik itu makin lama makin pudar dan parti itu hanya menunggu masa untuk 'dibuang' terus dari arena politik tempatan. 

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Razak Baginda Hanya 'Rakan Subahat'?

Kenyataan Berlagak Mahathir Tentang Pak Lah

Anak Cucu Mahathir Hidup Senang Lenang