Syed Saddiq Acah-Acah Hero Rakyat


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nak tunjuk dia hero rakyat.

Dia pandai-pandai mendakwa projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar adalah cetusan idea dia.

Syed Saddiq dakwa dia sendiri yang mencadangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan projek itu.

Namun sebenarnya idea untuk membina TMIYC di Muar adalah inisiatif Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk memperkasakan pembangunan golongan belia di negeri itu.

Bagaimana Syed Saddiq boleh mendakwa projek TMIYC di Muar adalah idea dia sendiri untuk penduduk Muar? Tak malukah ambil kredit atas idea pihak lain?

SUMBER: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=371302359147423&id=100088029841839&mibextid=WC7FNe


Syed Saddiq mendakwa setiap bulan dia melawat tapak projek berkenaan di Muar.

Walhal, sebenarnya dia telah mengabaikan projek itu sehinggakan Menteri Besar Johor terpaksa campur tangan dan mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan TMIYC di Muar dengan segera.

Mana Syed Saddiq pada masa itu? Bukankah dia sepatutnya mengambil langkah tegas terhadap kontraktor?

Bukankah Syed Saddiq mendakwa dia melawat tapak projek itu setiap bulan? Mana mungkin terlepas pandang tentang situasi projek berkenaan?

Pemantauan bulanan dibuat oleh KBS dan Exco Belia dan Sukan Johor serta laporan bulanan TMIYC dihantar kepada MB Johor.

Apabila projek itu sudah 90% siap, barulah Syed Saddiq muncul, acah-acah menunjukkan dialah 'hero' rakyat sebenarnya.

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/nation/2023/12/993508/johor-mb-chides-muar-tmiyc-contractors-not-completing-project-time-watch


Syed Saddiq ini sememangnya hipokrit, banyak bermain wayang sahaja di hadapan khalayak ramai.

Dari awal lagi, Syed Saddiq tidak melakukan apa-apa untuk projek itu.

Malah memuat naik videonya bersama KSU KBS di media sosialnya untuk 'menunjukkan' dia membuat kerja.

Namun, sebenarnya KSU KBS datang berjumpa Syed Saddiq untuk menyampaikan status sebenar projek kepadanya yang telah masuk ke tapak pembangunan tanpa kebenaran serta menyebarkan kenyataan tidak tepat tentang TMIYC sebelum ini.

Pandai betul Syed Saddiq berlakon dengan menayangkan videonya berjalan bersama-sama KSU KBS di tapak projek itu.

SUMBER: https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/pfbid031CF91dC2J5m1cjd16PQHchFALPVeRwgbhxvKMPMJPqjpjNHK1B9geTgVEgxLhKUTl


Syed Saddiq dakwa Muar tidak dapat peruntukan daripada kerajaan.

Perkara itu dinafikan oleh kerajaan dan Muar sememangnya mendapat peruntukan daripada kerajaan tapi bukan peruntukan kepada Syed Saddiq.

Kerajaan juga menyatakan lebih RM300 juta telah disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Muar.

Maka, Syed Saddiq tidak sewajarnya membangkitkan lagi isu peruntukan untuk Muar.

Kalau Syed Saddiq mahu peruntukan untuk diri sendiri, jujur sahaja. Jangan guna isu rakyat untuk kepentingan peribadi.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224542/tpm-fadillah-nafi-parlimen-muar-tak-disalur-peruntukan


Syed Saddiq kembali semula menunjukkan statusnya sebagai 'drama queen' selepas lama menghilang.

Syed Saddiq tidak malu mengambil kredit atas hasil usaha pihak lain.

Dia langsung tidak membuat apa-apa kemajuan untuk rakyat Muar.

Syed Saddiq patut malu dengan diri sendiri dan rakyat Muar. Tak usahlah pegang jawatan ahli Parlimen kalau sekadar mahu ambil kredit.

Jangan pula nanti, Syed Saddiq selit projek TMIYC sebagai pencapaiannya dalam kad laporan prestasinya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut