10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya.

Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya.

Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia.

Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/

Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar.

Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak pula kelihatan.

Penduduk Muar serta Johor sudah masak dengan perangai 'drama king' Syed Saddiq.

Terlalu terdesak mahu meraih perhatian, sedangkan rakyat ketika itu dilandar kesusahan berdepan situasi banjir buruk.

Syed Saddiq sepatutnya fokus membantu rakyat, bukannya sibuk 'berperang' dengan kerajaan negeri.

Sumber: https://www.johorkini.my/rakyat-johor-dan-orang-muar-dapat-lihat-siapa-syed-saddiq-yang-sebenarnya-exco-johor/

Pada Mac lalu, Syed Saddiq mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cuba memecahbelah nelayan Melayu dan Cina.

Syed Saddiq pada awalnya tampil membuat video di media sosial, meminta Kerajaan Negeri Johor mengadakan sesi dialog secara menyeluruh dengan nelayan, peniaga-peniaga kecil dan Ahli Parlimen di Parit Jawa berhubung Projek Maharani Energy Gateway (MEG).

Namun, Syed Saddiq sebenarnya tidak berjumpa langsung dengan persatuan nelayan tapi hanya berjumpa dengan segelintir penduduk sahaja.

Penduduk meluahkan rasa tidak puas hati kerana Syed Saddiq sepatutnya berjumpa dengan persatuan nelayan, bukan dengan penduduk Cina saja dan menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Muar itu hanya mencari publisiti.

Tambah penduduk lagi, Syed Saddiq tidak pernah berjumpa dengan persatuan nelayan sejak menjadi Ahli Parlimen Muar.

Sumber: https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

Ketika kempen PRU-14, Syed Saddiq muat naik video, biasalah mahu meraih populariti, kena selalu buat video.

Dalam video itu, dia berjanji mahu membina 1,000 buah rumah di Muar. Tiang rumah pun tidak kelihatan selepas sepenggal menjadi wakil rakyat.

Jangan sekadar tabur janji manis semata-mata mahu meraih undi rakyat ketika pilihan raya.

Janji belum terlaksana, Syed Saddiq sibuk mahu bangkitkan isu rumah terbengkalai di Felda Maokil di Bukit Kepong, Muar.

Apabila ada pilihan raya, barulah muncul dengan pelbagai isu yang dibangkitkan. Sebelum ini, batang hidung pun tak nampak di Muar.

Selesaikan dahulu janji mahu bina 1,000 buah rumah. Barulah boleh sembang tentang isu lain.

Sumber: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1665971376815215/

Tahun lalu, Syed Saddiq didakwa cuba 'bermain wayang' dengan membawa bantuan kepada seorang warga emas di Muar semata-mata untuk kandungan media sosialnya.

Pakcik Rahmat atau Wak Suyak, 69, pernah digambarkan oleh Syed Saddiq dalam Facebooknya, hidup dalam penuh kedaifan di Kampung Parit Pali.

Namun menurut Ketua Kampung Sri Menanti 7, Abdul Malik Siman menafikan dakwaan yang dibuat tentang kedaifan hidup Wak Suyak.

Wak Suyak sebenarnya sudah menerima bantuan iaitu sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampungnya dan ahli jawatankuasa kampung tersebut setiap hari menghantar makanan kepada warga emas tersebut.

Malahan, Wak Suyak sendiri dalam satu rakaman video mengakui telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/2021/06/mampukah-syed-saddiq-terselamat-kali-ini/

Syed Saddiq pada tahun lalu juga melaksanakan program bank makanan (food bank) kepada penduduk Muar. Namun, lain pula jadinya apabila polis mahu menutup lokasi penyerahan bantuan tersebut iaitu pejabat Parlimen Muar atas sebab pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Niat murni Syed Saddiq perlu dipuji tetapi beliau patut lebih peka tentang SOP sebelum melaksanakan program bantuan. Syed Saddiq boleh menyewa sebuah lokasi yang lebih luas atau mengagihkan bantuan berkenaan kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada golongan sasaran.

Isu pelanggaran SOP ini bukan terhenti itu sahaja namun juga berlaku ketika bencana banjir yang melanda Johor sekitar akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

Enam sukarelawan bantuan banjir MUDA di Segamat, Johor, disoal siasat polis berhubung dakwaan melanggar prosedur semasa menyampaikan bantuan di dalam pusat perlindungan sementara (PPS) kerajaan.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-syed-saddiq-perlu-tahu-prosedur-saringan-covid19-di-johor-bastien-340784

Syed Saddiq dilihat menghadiri sebuah program radio swasta negara pada 5 Januari lalu, sedangkan rakyat Muar ternanti-nanti kelibatnya untuk menghulurkan bantuan. Sewajarnya, Syed Saddiq perlu mengutamakan perkara yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu.

Naratif 'wayang' Syed Saddiq bukan sengaja dibangkitkan oleh mana-mana pihak namun dicetuskan sendiri oleh beliau tanpa dipinta. Wujud persoalan tentang tujuan sebenar Syed Saddiq memasuki dunia politik? Mahu glamor semata-mata atau benar-benar melakukan tugasnya sebagai ahli Parlimen?

Penduduk Muar sebenarnya tidak lagi mempercayai kata-kata dan janji manis Syed Saddiq. Ada penduduk Muar yang mengadu elaun bantuan mereka dipotong ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah. Ada juga penduduk yang enggan Syed Saddiq datang berkempen kepada mereka.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/10/mengapa-muda-tidak-bertanding-dalam-parlimen-muar-pada-prn-johor

Sebelum ini beliau juga sering kali menjadikan golongan kurang berkemampuan di Muar sebagai ‘bahan’ beliau untuk dimuat naik ke media sosial.

Syed Saddiq juga kerap memuat naik hantaran yang menunjukkan seolah-olah beliau sahaja yang menolong rakyat Muar, namun sebenarnya bantuan sudah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar kepada Kompleks Penghulu Mukim di daerah Muar.

Mungkin ini adalah cara Syed Saddiq untuk mengambil kesempatan dalam meraih populariti, dengan menggunakan kesusahan yang dialami oleh golongan kurang berkemampuan di Muar.

Sumber: https://www.instagram.com/p/CP7PaxxLn8u/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Golongan belia Muar juga ternanti-nanti janji Syed Saddiq untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

Sebelum menjadi kerajaan, berkobar-kobar mahu membantu mengurangkan kadar pengangguran untuk golongan belia.

Malangnya, selepas menjadi kerajaan, kadar pengangguran semakin meningkat dan ada belia di Muar bergantung harap mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Sepatutnya Syed Saddiq malu kerana gagal melunaskan janji berkenaan. Bagaimana Syed Saddiq mahu menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Johor, jika masalah rakyat sendiri tidak diselesaikan dengan baik?

Bantu dahulu rakyat membina pendapatan yang stabil, barulah Muar akan berkembang maju. Jika penduduk Muar masih berada dalam kesempitan hidup, bagaimana mahu berkembang.

Sumber: https://twitter.com/shahrol_shiro/status/1487680130025930756

Pengusaha kereta sewa Muar sebelum ini menyokong Syed Saddiq ketika PRU-14 memandangkan sentimen sentimen negatif pemandu kereta sewa dan teksi terhadap kereta e-hailing seperti Grab ketika itu sedang memuncak.

Namun mereka kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan perkhidmatan e-hailing selepas berkuasa.

Mereka juga berkata Syed Saddiq hanya datang menemui mereka sebelum PRU-14 namun tidak kelihatan selepas menang.

Syed Saddiq hanyalah seorang politikus yang pandai menabur janji namun tidak menjaga kebajikan penduduk Muar.

Sewajarnya nasib golongan pengusaha seperti itu perlu diberikan perhatian sepatutnya kerana mereka antara penyumbang ekonomi.

Sekurang-kurangnya Syed Saddiq perlu mengemukakan masalah mereka di Parlimen, barulah nampak buat kerja untuk rakyat.

Sebaliknya, Syed Saddiq sibuk memperjuangkan perkara-perkara lain yang tidak mengutamakan penduduk Muar.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/10/mengapa-muda-tidak-bertanding-dalam-parlimen-muar-pada-prn-johor

Syed Saddiq sebelum ini banyak melakukan cabaran-cabaran berbentuk kurang cerdik di media sosial semata-mata untuk meraih populariti dengan bersembunyi di belakang naratif bantuan penduduk Muar.

Syed Saddiq sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan PH yang sebelum itu menambah hutang negara, sekali gus menyukarkan kerajaan ketika ini untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada orang ramai kerana terpaksa membayar hutang yang ditinggalkan PH.

Warganet juga membidas tindakan Syed Saddiq yang menyifatkan cabaran-cabaran sedemikian tidak mencerminkan kebijaksanaan seseorang ahli politik.

Syed Saddiq adalah seorang populis, sebab itu beliau tidak kisah untuk 'malu' di hadapan kamera, asalkan tujuannya tercapai.

Licik sungguh strategi pemasaran Syed Saddiq. Kalau beliau benar-benar seorang wakil rakyat yang bagus, mengapa masih ada penduduk Muar merungut tentang Syed Saddiq?

Hentikan saja hipokrasi anda, Syed Saddiq

Sumber: https://www.thevocket.com/syed-saddiq-sahut-cabaran-botakchallenge-demi-bantu-pelajar-di-muar/

PRU makin hampir, Syed Saddiq pula sudah memasang cita-cita untuk kekal di Muar.

Cukup-cukuplah pembohongan anda, Syed Saddiq. Penduduk Muar sudah muak dengan janji manis anda.

Bukan satu, tapi sudah banyak kali anda mungkiri janji kepada penduduk Muar.

Hulurkan bantuan pun seolah-olah tidak ikhlas, hanya mahu memenuhkan ruangan foto di media sosial sahaja

Kalau betul khabar angin anda mahu lompat bertanding ke kawasan Parlimen lain, dipersilakan.

Penduduk Muar sangat mengalu-alukan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut