Kata-Kata Razak Baginda Mencurigakan
Penganalisis politik, Abdul Razak tidak pernah mengakui dia memiliki motif untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Kes pembunuhan pada 2006 itu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.
Banyak kontroversi yang menyelubungi kes kematian Altantuya dan sehingga kini, Abdul Razak masih menafikan penglibatannya.
Sebenarnya, banyak kenyataan Abdul Razak yang mengundang tanda tanya orang ramai. Abdul Razak mendakwa berlaku banyak putar belit berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dia mendakwa kejadian tersebut adalah kes pembunuhan biasa.
Apa maksud Abdul Razak tentang 'pembunuhan biasa'?
Adakah pembunuhan itu satu perkara biasa buat Abdul Razak? Pembunuhan tetap pembunuhan.
Membezakan setiap pembunuhan adalah membunuh dengan sengaja atau tidak sengaja.
Tidak ada kategori pembunuhan biasa. Adakah membunuh menggunakan bom adalah kes pembunuhan biasa?
SUMBER: https://greenboc.blogspot.com/2015/01/apa-ertinya-pembunuhan-biasa-wahai.html
Pada 2017, Abdul Razak mendakwa dia sudah melupakan 'kisah silamnya' itu dan mengakui 'sudah tidak peduli'.
Bukankah dulu Abdul Razak pernah melarikan diri ke United Kingdom buat seketika?
Kalau benar tidak bersalah, mengapa melarikan diri ke United Kingdom?
Masih cakap besar lagi dan akhirnya mahkamah memutuskan dia adalah rakan subahat kes berkenaan.
Malah, dia enggan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sehinggakan mereka memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.
SUMBER: https://mountdweller88.blogspot.com/2017/11/razak-baginda-kini.html
Abdul Razak malah menggelarkan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar sebagai penyangak yang membunuh Altantuya.
Apa faedahnya kedua-dua anggota polis berkenaan mengambil tindakan tersebut jika tiada sebarang arahan daripada pihak tertentu?
Tiada siapa mahu membunuh manusia lain menggunakan bom tanpa arahan atau 'dorongan' pihak tertentu.Abdul Razak hanya bersuara apabila mahkamah memutuskan kedua-dua anggota polis itu bersalah.
Bukankah Abdul Razak juga seorang penyangak sebenarnya?
SUMBER: https://www.beritaharian.sg/malaysia/mahkamah-msia-putuskan-razak-baginda-bersubahat-pembunuhan-altantuya
Sampai bila Abdul Razak mahu menipu? Banyak kenyataannya yang menimbulkan curiga dalam kalangan orang ramai.
Apabila bertahun-tahun menghilangkan diri, baru Abdul Razak 'berkokok' semula.
Bagaimana individu seperti dia boleh terlepas daripada hukuman?
Pembunuhan bukan sesuatu perkara yang biasa seperti didakwa oleh Abdul Razak.
Kata-kata Abdul Razak itu memperlihatkan personalitinya yang sombong dan tidak mahu mengakui kesalahannya.
Comments
Post a Comment