Syed Saddiq Terbukti Bersalah!


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Syed Saddiq dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun dan denda sebanyak RM10 juta.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan.

Syed Saddiq didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang merupakan dana sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana tersebut, untuk melakukan pecah amanah.

Dia juga didakwa menyalahgunakan wang sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kegunaan peribadi.

Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa mengubah wang haram sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi bank pada tahun 2020.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-sebatan


Syed Saddiq sebelum ini menafikan kesemua pertuduhan berkenaan dan mendakwa kes tersebut merupakan satu konspirasi untuk menyingkirkannya daripada arena politik.

Namun, Syed Saddiq perlu menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan kes tersebut telah melalui proses perbicaran secara adil, telus dan profesional oleh mahkamah serta pihak pendakwaan.

Contohnya, pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Keputusan ini dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendengar hujah-hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mengenai empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

Keputusan ini menunjukkan bahawa pihak mahkamah telah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan telah memutuskan bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk memerlukan Syed Saddiq untuk membela diri.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/10/06/mahkamah-syed-saddiq-bebas-atau-bela-diri-28-oktober-ini/


Sebelum ini, Syed Saddiq mempersoalkan tindakan kerajaan dan menggelar kerajaan sebagai hipokrit berhubung kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Syed Saddiq bersama-sama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertindak keluar daripada blok kerajaan kerana ‘kecewa’ dengan tindakan kerajaan.

Namun, Syed Saddiq sekarang ini terbukti bersalah dalam kes mahkamahnya sendiri.

Maka, prinsip perjuangan menentang rasuah yang cuba dibawa selama ini turut terbukti adalah wayang semata-mata.

Sewajarnya, Syed Saddiq malu dengan diri sendiri dan tidak lagi menyebut soal perjangan menentang rasuah selepas ini.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/09/12/syed-saddiq-has-no-moral-ground-to-criticise-zahids-case-says-dap-leader/


Jangan kita lupa bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa Syed Saddiq telah melakukan kesalahan.

Pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa Syed Saddiq mengarahkan Rafiq Hakim agar mengagihkan wang sebanyak RM1 juta kepada ahli exco parti ARMADA.

Menurut keterangan saksi pendakwaan, sebanyak RM650,000 diberikan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari manakala RM250,000 diserahkan kepada ahli BERSATU, Muhammad Naqib Ab Rahim.

Selain itu, pihak pendakwaan turut mengemukakan bukti bahawa Syed Saddiq tidak menggunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk tujuan kempen sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sebanyak dua transaksi.

Pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai bukti-bukti yang kukuh, lengkap dan meyakinkan mahkamah agar menjatuhkan sabitan kesalahan kepada Syed Saddiq atas empat pertuduhan tersebut.

Pihak pendakwaan juga telah menunjukkan bahawa mereka tidak bergantung kepada dakwaan atau spekulasi tanpa bukti.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/978404/syed-saddiq-arah-agih-dana-rm1-juta-saksi

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/07/980189/syed-saddiq-arah-pindah-rm120000-ke-akaun-peribadinya-saksi


Keputusan mahkamah kes Syed Saddiq adalah atas dasar undang-undang, bukannya konspirasi politik yang didakwa oleh sesetengah pihak kerana keluar dari blok kerajaan.

Proses perbicaraan kes Syed Saddiq telah dilakukan dengan adil, telus dan profesional oleh pihak mahkamah serta pendakwaan.

Malah, kes tersebut berjalan sejak 2021 dan bukannya selepas Syed Saddiq keluar dari blok kerajaan.

Selain itu, hujah-hujah yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan telah gagal untuk menyangkal atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Syed Saddiq harus menerima keputusan mahkamah dengan tenang, hormat dan bertanggungjawab.

Kalau perlu lepaskan jawatan dan berhenti daripada arena politik, ramai yang mengalu-alukan keputusan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut