Mahathir Malu Dengan Keturunan Asal


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengaku dia adalah keturunan dari India.

Sampai membuat saman fitnah kepada pihak lain kerana menuduhnya adalah keturunan Kerala, India.

Apa yang mahu dimalukan apabila mempunyai keturunan dari India?

Adakah Mahathir enggan mengaku keturunannya sendiri dan mendakwa dia adalah Melayu tulen?

Sepatutnya Mahathir berbangga dengan keturunan asal, bukannya pusing cerita sana sini.

SUMBER: https://www.kinitv.com/bm/berita/50947


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bukti bahawa Mahathir adalah keturunan dari Kerala, Selatan India.

Namun, Mahathir kerap kali menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa dia adalah keturunan Melayu asli.

Bukti kad pengenalan menunjukkan Mahathir adalah Malayali yang merupakan keturunan dari Kerala, tempat asal usul bapanya, Iskandar Kutty.

Bapanya berhijrah dari Kerala ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan ibu kepada Mahathir iaitu Wan Tampawan.

Apa lagi Mahathir cuba sorokkan? Malu nak mengaku dia bukan keturunan asli Melayu? Apa faedah dia dapat apabila menyorokkan identiti keturunan sebenarnya?
Ketika belajar di Singapura, Mahathir disenaraikan sebagai kaum India di universiti berkenaan.

Adakah universiti itu tersalah meletakkan profil Mahathir pada sistem data mereka?

Tentulah tidak kerana keturunan Mahathir adalah dari Kerala, Selatan India namun Mahathir sering menafikan atau menutup 'rahsia' itu.

Bagaimana seorang pemimpin yang kerap kali mendakwa dia membawa imej dan nilai Asia, malu untuk mengaku keturunannya sendiri?

Adakah Mahathir malu hendak mengaku kerana dia sering mengutuk kaum Melayu selama ini?

SUMBER: https://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/03/reality-check-mahathirs-own-admission.html


Mahathir sering mengutuk Melayu selama ini dengan alasan mahu memajukan golongan berkenaan.

Walhal, Mahathir tidak kisah tentang nasib orang Melayu dan lebih mementingkan kroni elitnya sahaja.

Salah satu faktornya adalah Mahathir bukan Melayu tulen. Mahathir sebenarnya tidak kisah tentang nasib Bumiputera di negara ini.

Mahathir mengutuk kaum Melayu sambil memakai topeng dia adalah 'pejuang Melayu' sebenar selama ini.

Kalau benar dia mahu memperjuangkan Melayu, mengapa Melayu tidak maju di bawah pemerintahan Mahathir meskipun sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2019/10/06/ucapan-dr-mahathir-didakwa-hina-melayu/


Sudahlah Mahathir, berhentilah berbohong. Penipuan anda sangat lali rakyat mendengarnya.

Tak perlu menyorokkan keturunan sebenar, sebaliknya berbangga dengan jati diri sendiri.

Tanpa keturunan asal, tiadalah Mahathir di dunia ini.

Bukti sudah ada, mengapa perlu sorok dan saman fitnah pihak lain?

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir