Kenapa Syed Saddiq Diam Pasal Isu Bella

Kes membabitkan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella meruntun hati semua pihak. Namun di sebalik 'kehangatan' kes itu, pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib semua rakyat marhaen iaitu Syed Saddiq dilihat terus berdiam diri. Mengapa si populis yang sering memuat naik hantaran berbentuk 'prihatin kepada rakyat' di media sosial mendiamkan diri apabila orang ramai makin kecoh tentang isu melibatkan Bella? Mengapa boleh melakukan solidariti untuk penyanyi, Yasin Sulaiman dan tidak melakukan perkara sama untuk Bella? Sumber: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1526766258087075846 Untuk pengetahuan semua, Syed Saddiq enggan bersuara kerana pengasas Rumah Bonda sendiri adalah kawan baiknya, Syed Azmi. Sebelum ini, Syed Azmi mendakwa dia adalah sekadar penasihat kepada Rumah Bonda namun sebaliknya adalah Timbalan Pengerusi Rumah Bonda. Syed Azmi ini juga bersikap hipokrit sama seperti kawan baiknya. Dia mendakwa Rumah Bonda tidak menjalankan akt...