Posts

Showing posts from June, 2025

Kelicikan Mahathir Cetus Krisis Perlembagaan 1988

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa dia tidak pernah campur tangan pemilihan hakim sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara. Dia mendakwa pemilihan hakim diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Cukuplah berbohong, Mahathir. Adakah Mahathir lupa tentang Krisis Perlembagaan 1988? Adakah Mahathir lupa dia pernah menyebabkan seorang hakim digantikan pada ketika itu? SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/80328 Disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988. Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara. Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media. Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas me...