Pilihan Menteri Besar Johor Adalah Peranan Tunggal KDYMM Sultan Johor
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lepas telah menunjukkan bahawa rakyat telah kembali percaya terhadap pimpinan BN dan UMNO setelah mengharungi kegagalan demi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelumnya. Sudah tentunya BN kini berasa yakin dan positif akan peluangnya dalam Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Namun begitu, adakah BN kini berasa ia lebih berkuasa dari institusi diraja sehingga hanya mencadangkan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar? Nampaknya mereka telah lupa akan bidang kuasa dan peranan KDYMM Sultan Johor yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, Perkara 3 di mana ia menyatakan bidang kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah peranan Sultan Johor. Dalam hal pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, ianya selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Johor. Keangkuhan BN dalam cubaan mereka menolak pelan...