Sejauh Mana Kebenaran MUDA Bukan Proksi Mahathir?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menyatakan niat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Malahan, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal-awal lagi sudah mengumumkan MUDA akan bertanding dalam 15 kerusi pada PRU kelak. Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz mengatakan mahu berjumpa dengan PH bagi membincangkan salah faham yang berlaku antara kedua-dua parti. Amira Aisya juga menafikan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap MUDA seperti parti itu adalah proksi serta ejen kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999102/muda-bukan-ejen-proksi-pejuang-atau-tun-m Persoalan yang timbul adalah sama ada betul atau tidak penafian yang dibuat oleh Amira Aisya. Semua sedia maklum, Syed Saddiq amat setia dengan Mahathir sejak ahli Parlimen Muar itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malaha...