G25 Hanya Pandai ‘Menyalak’

Kumpulan bekas penjawat awam (G25) Malaysia sudah lama bertapak di negara ini. Asas penubuhan G25 ini adalah memastikan kesedaran, mempromosikan undang-undang Syariah dan mendokong Islam sebagai agam rasmi negara.

Individu yang menyertai kumpulan ini bukan calang-calang orangnya. Semuanya pernah memegang jawatan terpenting dalam kerajaan.

Malangnya, tindakan kumpulan tersebut dilihat bercanggah dengan asas penubuhan kumpulan berkenaan.

Sebagai contoh, beberapa isu kontroversi berkaitan agama Islam cuba dibangkitkan oleh kumpulan itu namun apa yang jelas, hanya liberalisme ditonjolkan oleh G25.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/11-more-prominent-malays-join-g25

Tahun lalu, G25 meminta mahkamah menarik balik pendakwaan terhadap ahli perniagaan kosmetik, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zamanyang didapati bersalah berpakaian wanita di majlis agama.

Dakwa G25, Muhammad Sajjad hanya boleh dituduh melakukan kesalahan tersebut sekiranya mempunyai tujuan tidak bermoral.

Secara zahirnya, Islam sama sekali melarang umatnya berpakaian berlainan jantina. Perkara itu amat ditegah dalam agama Islam.

Malahan, lelaki berambut panjang dan memakai barangan kemas juga ditegah dalam Islam. Bukankah itu perkara asas yang diajar di sekolah-sekolah agama mahu pun kelas agama di sekolah harian?

Mengapa G25 cuba menidakkan sesuatu dalil yang terkandung dalam al-Quran? Mengapa hendak mengikut hukum yang dibuat oleh manusia, sedangkan dalil itu sudah disebut dalam kitab suci Islam.

Tambahan pula, apa dilakukan oleh Muhammad Sajjad sememangnya tidak bermoral dan boleh memberikan contoh tidak elok kepada generasi muda secara khususnya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/09/23/cross-dressing-is-not-a-shariah-offence-says-g25/

G25 juga merupakan antara salah satu pihak yang menyokong acara Bon Odori di Malaysia meskipun acara berkenaan mempunyai elemen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Kumpulan itu menyatakan melalui acara Bon Odori, negara akan untung dari aspek dagangan luar, pendidikan dan pelancongan.

Bukankah asas penubuhan G25 untuk mengutamakan agama Islam? Mengapa tiba-tiba membuat kenyataan yang bercanggah sama sekali?

Mengapa menggalakkan orang Islam untuk menghadiri acara-acara seperti itu? Adakah ekonomi lebih penting daripada pembentukan akidah umat Islam di Malaysia?

Jika tidak ditegah daripada sekarang, lebih ramai generasi akan datang menghadiri acara-acara seumpama itu. Bak kata orang, matlamat tidak menghalalkan cara.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/214558/video/berita-semasa-video/bon-odori-nasihat-idris-ahmad-wajar-dihormati

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/06/10/g25-bon-odori-celebration-a-display-of-diversity

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim yang juga merupakan pengasas bersama G25 sebelum ini menyifatkan larangan penjualan alkohol adalah langkah yang kurang tepat.

Sekali lagi, beliau mengaitkan larangan itu dengan faktor ekonomi. Tahukah beliau bahawa alkohol boleh dibeli dengan mudah oleh masyarakat Muslim di negara ini terutamanya di kedai serbaneka?

Tanpa sebarang pengesahan atau menunjukkan kad pengenalan kepada penjual, alkohol boleh dibeli dengan mudah oleh orang Islam. Larangan penjualan alkohol merupakan langkah awal membendung penjualan secara bebas kepada orang Islam serta faktor lain seperti kes kemalangan dan sebagainya.

Memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan antara punca penyumbang utama kepada kemalangan maut di negara ini saban tahun. Adakah G25 tidak memikirkan akibat pengaruh alkohol kepada masyarakat?

Itu belum lagi dibongkar tentang keganasan rumah tangga akibat pengaruh alkohol. Janganlah hanya membuta tuli mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti kesannya kepada masyarakat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/193037/suara-sinar/analisis-sinar/jangan-tambah-lagi-pusara-di-jalan-raya

https://www.sinarharian.com.my/article/192584/berita/semasa/polis-kl-serius-tangani-pemandu-mabuk

Kumpulan itu sering kali mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu penting. Ketika anda semua di jabatan kerajaan dan memegang jawatan penting dalam kerajaan, apa sumbangan anda sudah berikan kepada negara?

Mengapa sekarang mahu 'menyalak' seperti anjing kelaparan? Adakah kumpulan itu mahu mempunyai pengaruh besar dalam membuat sebarang keputusan kerajaan?

Asas perjuangan kumpulan itu juga dilihat bercanggah. Adakah benar meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan atau hanya sekadar menjadi kumpulan berbentuk populis semata-mata untuk mendapatkan merit dalam kalangan rakyat?

Sekiranya benar mahu menyumbang kepada negara, mengapa tidak melakukannya daripada dahulu? Kalau sekadar untuk 'menyalak', sesiapa pun boleh lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut