Annuar Zaini Sukar Dipercayai

Tan Sri Mohd Annuar Zaini baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings (UDA) berkuatkuasa 23 Mac, menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim. Laporan media mengatakan pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya. Pelantikan Mohd Annuar juga diharapkan menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA pada masa hadapan. Namun, perlu diketahui Mohd Annuar sebenarnya pernah gagal ketika menjawat jawatan tertinggi dan menyebabkan salah satu organisasi terkemuka di negara ini mengalami kerugian yang besar. Timbul persoalan bagaimana Mohd Annuar boleh dilantik menjadi Pengerusi UDA meskipun 'track record' dia tidaklah cemerlang seperti disangka. Sumber: https://www.bernama.com/bm//news.php?id=2175785 Mohd Annuar pernah membuat pelaburan dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan. Antara isu yang...