Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melayannya seperti penjenayah. Dia juga menuduh undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat. Bagaimana individu yang sama mencetuskan kontroversi Ops Lalang dan memanipulasi undang-undang ikut suka hati buat tuduhan sedemikian? Sekurang-kurangnya Mahathir tidak disumbat dalam penjara seperti dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya. Mahathir patut bersyukur masih bebas dan boleh memberikan pelbagai kenyataan 'merepek' secara terbuka seperti sekarang. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235991/dr-mahathir-dakwa-undang-undang-kini-mengancam-rakyat Mahathir lupa siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya? Mahathir lupa tentang kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun? Sudah tentu dia lupa ker...