Posts

Showing posts from August, 2024

Mahathir Malu Dengan Keturunan Asal

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengaku dia adalah keturunan dari India. Sampai membuat saman fitnah kepada pihak lain kerana menuduhnya adalah keturunan Kerala, India. Apa yang mahu dimalukan apabila mempunyai keturunan dari India? Adakah Mahathir enggan mengaku keturunannya sendiri dan mendakwa dia adalah Melayu tulen? Sepatutnya Mahathir berbangga dengan keturunan asal, bukannya pusing cerita sana sini. SUMBER: https://www.kinitv.com/bm/berita/50947 Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bukti bahawa Mahathir adalah keturunan dari Kerala, Selatan India. Namun, Mahathir kerap kali menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa dia adalah keturunan Melayu asli. Bukti kad pengenalan menunjukkan Mahathir adalah Malayali yang merupakan keturunan dari Kerala, tempat asal usul bapanya, Iskandar Kutty. Bapanya berhijrah dari Kerala ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan ibu kepada Mahathir iaitu Wan Tampawan. Apa lagi Mahathir c