Posts

Showing posts from October, 2024

Agenda Islam Mahathir Hanya Hipokrasi

Image
Kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah menyebabkan lebih 300 orang pengurusan tertinggi syarikat itu ditahan. Seramai lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan. Kes tersebut mendapat perhatian ramai sejak pihak berkuasa melancarkan Op Global sejak awal September lalu. Operasi terbabit telah menyelamatkan 572 mangsa selama empat fasa Op Global dilancarkan. Banyak pihak terbabit melontarkan pandangan agar kegiatan jenayah membabitkan syarikat tersebut disiasat sepenuhnya. Namun ada satu tokoh politik negara ini yang masih kekal membisu tentang isu tersebut sehingga ke hari ini. Individu tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/op-global-kronologi-kes-gisb-setakat-29-sept-489793 Mengapa Mahathir tidak menyuarakan sebarang pandangan tentang GISB? Mahathir selalu memperjuangkan agenda Islam dan Melayu namun apabi