Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan. Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak. Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan. Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya. Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik. Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa...